Ft Aliff Aziz Respon Isu Potret Keluarga 1

Berhubung dengan isu gambar Bella Astillah yang ditampal di potret keluarga bekas suaminya, penyanyi Aliff Aziz meminta orang ramai untuk tidak memperbesarkan isu tular tersebut.

Jelas penyanyi lagu Sayang Sayang itu, segala hiasan dalaman kediaman keluarga orang tuanya itu merupakan hak peribadi mereka dan dia sendiri tidak mempunyai kuasa mencampuri urusan tersebut.

Artikel berkaitan: Ibu Muat Naik Video Aliff Aziz Di IG Story, Netizen Terperasan Gambar Seseorang ‘Ditampal’ Di Belakang?

Artikel berkaitan: Ibu Muat Naik Video Aliff Aziz Di IG Story, Netizen Terperasan Gambar Seseorang ‘Ditampal’ Di Belakang?

“Ini adalah perkara yang Aliff rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah Aliff, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah.”

Screenshot 2026 04 08 120347

Katanya semasa ditemubual oleh mStar, ibunya itu tidak sengaja semasa membuat ulasan makan dan dia tidak boleh memberikan banyak komen mengenai hal itu.

“Umi saya bukan sengaja, masa itu tengah buat review makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk freeze frame dan sebagainya. Aliff tak boleh komen banyak fasal dalam rumah mak ayah saya.”

Di samping itu, Aliff juga menyedari bahawa setiap tindak-tanduk yang dilakukan oleh keluarganya pasti akan mengundang pelbagai persepsi daripada orang ramai.

Namun begitu, Alliff memilih untuk tidak terlalu ambil pusing terhadap kata-kata negatif yang dilemparkan.

“Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau Aliff nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja.”

“Saya sudah melakukan banyak perkara dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri.”

Sebelum ini, Aliff Aziz dan keluarga menjadi tumpuan apabila netizen mendakwa mereka sengaja menutup wajah Bella Astillah dalam pada potret keluarga yang tergantung di dinding rumah mereka.

Screenshot 2026 04 08 120404

Aliff dan Bella pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024.

Mereka sebelum ini bercerai buat kali pertama pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah sebelum bercerai semula pada Jun 2024. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan oleh 2 orang cahaya mata.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.