Seorang lelaki bertindak melibas senjata tajam ke arah anggota polis serta kenderaan peronda (MPV) dalam kejadian di sebuah restoran yang terletak di Telok Mengkuang, Kuala Langat, Selangor semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 3.30 petang daripada anggota MPV Sektor 4 Telok Panglima Garang.
Artikel berkaitan: Adeline Chang Buat Hal Lagi? Dipercayai Mengamuk Dengan Owner Kedai Gara-gara Lewat Ke Janji Temu
Artikel berkaitan: Peminat Mengamuk Hingga Baling Botol Dan Kerusi, Acara Lionel Messi Di India Bertukar Kecoh
Susulan dengan maklumat tersebut, polis ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
“Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati seorang lelaki tempatan bertindak agresif dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan sebatang rotan.”
“Siasatan awal mendapati suspek telah memecahkan pelbagai barangan di sebuah restoran makanan laut di Jalan Pandan 2, Telok Mengkuang.”
Tambah beliau, suspek juga merosakkan 3 kenderaan milik orang awam yang berada di sekitar kawasan tersebut.
“Malah, suspek bertindak lebih ganas apabila melibaskan senjata ke arah anggota polis serta kenderaan MPV sehingga mengancam keselamatan pihak berkuasa dan orang awam. Hasil tindakan pantas dan cekap anggota di lokasi, suspek berjaya ditahan.”
Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 353, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.”
Sebelum ini, satu video memperlihatkan seorang lelaki mengejar serta mengacu senjata tajam ke anggota polis tular di media sosial dan menimbulkan rasa cemas orang ramai.
Sumber : Sinar Harian, Threads

14 hours ago
11






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















