Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial mengenai tindakan melampau seorang lelaki gelandangan di sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap penunggang motosikal wanita.
Naik atas motor terus raba!
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @sleepyfvs, rakannya berdepan detik cemas apabila dadanya diraba secara tiba-tiba oleh lelaki tersebut ketika sedang menunggu lampu isyarat merah semalam.
Artikel berkaitan: Rakan Artis Buntu Nak Tolong, Bekas Bintang Nickelodeon Jadi Gelandangan & Musnahkan Bilik Hotel
Artikel berkaitan: “Seram dengar dia gelak” – Tular Rakaman Video Bangunan Kerajaan Diganggu Lagi Makhluk Halus?
“Dia boleh naik atas motor + raba dada my friend?? SICKKKK. Dia tak gila weh, ni memang jantan gila seks yang merempat tepi jalan,” tulisnya.
Lebih menakutkan, kejadian tersebut rupa-rupanya bukan kali pertama berlaku. Menurut pemilik hantaran itu lagi, terdapat beberapa kes lain yang melibatkan individu yang sama di kawasan tersebut. Malah, ada saksi yang mendakwa melihat sendiri perbuatan jijik lelaki itu semasa sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar.
Berlagak macam tak ada apa-apa berlaku
Dalam video yang tular, lelaki yang berambut panjang dan berpakaian dress hitam itu dilihat selamba berjalan kaki di kawasan kaki lima seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tindakannya yang agresif dan berani menyasarkan wanita yang bergerak sendirian (jalan kaki atau naik motor) telah menimbulkan kegusaran orang ramai.
Sumber: Threads

12 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















