Dunia kewartawanan hari ini diselubungi awan duka selepas Mohammed Wishah, koresponden Al Jazeera Mubasher, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaannya di Bandar Gaza.
Kematiannya menjadikan jumlah wartawan Palestin yang gugur sejak Oktober 2023 meningkat kepada 262 orang. Di saat petugas media mempertaruhkan nyawa demi melaporkan kebenaran, serangan demi serangan terus berlaku tanpa henti, seolah-olah mencabar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Artikel berkaitan: “Tugasan mencabar , penuh risiko” – MB Selangor Ketuai Delegasi Global Sumud Flotilla 2.0, Bawa Amanah PM Ke Gaza
Artikel berkaitan: “Satu-satunya suara di G*za” – 5 Wartawan Al Jazeera Terb*nuh Dalam Serangan Israel
Bukan sahaja di Gaza, keganasan Israel kini beralih ke arah Lubnan dengan skala yang lebih besar. Hanya beberapa jam selepas Amerika Syarikat dan Iran bersetuju melaksanakan gencatan senjata sementara selama dua minggu, Israel telah melancarkan gelombang serangan udara besar-besaran yang meragut sekurang-kurangnya 254 nyawa dan mencederakan lebih 1,100 orang.
Serangan yang menyasarkan kawasan padat penduduk termasuk Beirut, selatan Lubnan dan Lembah Bekaa itu disifatkan sebagai yang terbesar setakat konflik ini. Malah, lebih 100 sasaran dibom dalam tempoh hanya 10 minit!
Walaupun dunia mengharapkan sinar kedamaian, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Lubnan tidak termasuk dalam perjanjian antara Washington dan Tehran. Beliau bertegas bahawa kempen ketenteraan terhadap Hezbollah akan diteruskan tanpa kompromi.
Kenyataan ini disokong oleh jurucakap Presiden AS Donald Trump, Karoline Leavitt, yang mengesahkan pengecualian Lubnan dalam perjanjian tersebut.
Sumber: Instagram, Astro Awani

15 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















