Setiap kali penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) melabuhkan tirainya, pasti pelbagai gelagat pengunjung dapat disaksikan. Namun, keterujaan sebuah keluarga menghadiri MAHA 2026 menjadi tular apabila anak kecil mereka tidak dapat menahan sebak apabila mendapat tahu acara tahunan tersebut sudah berakhir.
Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh @janatunmaqwa, kanak-kanak lelaki berkenaan kelihatan menangis teresak-esak kerana terlalu seronok menikmati suasana pameran tersebut dan bersedih apabila hari berkenaan merupakan hari terakhir penganjuran.
Artikel berkaitan: Mat Sabu Jawab Dakwaan Bantuan Pesawah Lambat Bayar, Ini Penjelasannya
Artikel berkaitan: “Nengok tang jauh pon raso sodih” – Pavilion MAHA 2026 Dikritik ‘Sendu’, Ini Respon Exco Negeri Sembilan
“Anak I terlalu seronok sampai dia menangis sebab tahu hari ini last MAHA. Semoga jumpa lagi, kami satu family memang peminat tegar pergi MAHA,” tulis ibunya di ruangan kapsyen.
Gelagat comel lagi mencuit hati peminat cilik itu tidak hanya mencuri perhatian netizen, malah turut mendapat maklum balas mesra daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menerusi akaun media sosial rasminya, pemimpin yang mesra disapa ‘Pak Mat’ itu menitipkan pesanan berbentuk pujukan buat kanak-kanak berkenaan sambil menyatakan rasa terharu dan penghargaan buat ibu bapa yang membawa anak-anak mereka.

“Jangan teriak dik. Sedih Pak Mat tengok. Terima kasih ibu ayah sebab bawa anak-anak ke MAHA 2026.
Bila anak-anak seronok, dapat belajar dan balik dengan kenangan macam ni, rasa berbaloi segala usaha kita. Insya-Allah kita jumpa lagi na,” katanya.
Respon penuh kasih sayang daripada Mohamad Sabu itu dihujani pujian daripada pengguna media sosial yang menyifatkan sentuhan mesra beliau menambah kenangan indah buat pengunjung, sekali gus membuktikan penganjuran MAHA 2026 berjaya meninggalkan impak positif kepada semua lapisan umur.
Sumber: Threads

5 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















