“You weren’t even born yet!” – Selepas 28 Tahun, Lina Teoh Teruja Taanusiya Chetty Samai Rekod Miss World 1998

6 hours ago 5

Kejayaan wakil Malaysia, Taanusiya Chetty yang berjaya meraih tempat ke-3 (2nd Runner-Up) di pentas Miss World 2026 bukan sahaja membanggakan seluruh rakyat Malaysia, malah turut menyentuh hati pemegang rekod terdahulu, Lina Teoh.

Pencapaian luar biasa Taanusiya itu secara rasmi menamatkan kemarau 28 tahun Malaysia untuk berada di kedudukan Top 3 pentas ratu cantik berprestij dunia berkenaan, sekali gus menyamai rekod bersejarah yang pernah dicipta oleh Lina Teoh pada edisi 1998 di Seychelles.

“Kamu Belum Lahir Lagi Masa Saya Bertanding!”

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya (@/linateohofficial), bekas Miss World Malaysia 1998 itu meluahkan rasa terharu dan gembira melihat kejayaan generasi baharu yang kembali mengangkat nama negara di persada antarabangsa.

Artikel berkaitan: “Cemarkan imej negara” – Dr Zulkifli Hasan Bersuara Isu Transgender Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Artikel berkaitan: Fasih Tutur Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin & Tamil, Wakil Miss World Malaysia Dipuji

Antara perkongsian yang menarik perhatian ramai ialah luahan bersahaja Lina yang berseloroh mengenai jurang masa antara penglibatannya dan Taanusiya menerusi gambar janaan AI yang direka olen netizen.

“Kagum dan terharu sangat dengan kasih sayang yang dicurahkan kepada kami berdua @taanusiyaa_.

Sangat gembira melihat generasi seterusnya merasai pengalaman ini selepas 28 tahun. Kamu belum lahir lagi masa saya bertanding di Miss World dulu!” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Lina turut berkongsi foto perbandingan (side-by-side) yang memaparkan dirinya sewaktu memenangi gelaran 2nd Runner-Up / Miss World Asia Oceania 1998 bersanding dengan pencapaian Taanusiya edisi 2026. Beliau mengakui momen indah itu membuatkan dirinya kembali mengimbau kenangan silam.

Siapa Sebenarnya Lina Teoh? Ini Profil & Latar Belakang Bekas Ratu Cantik Malaysia

Bagi generasi muda yang mungkin kurang mengenali sosok ini, Lina Teoh atau nama penuhnya Lina Teoh Pick Lim merupakan antara ikon paling berprofil tinggi dalam sejarah industri hiburan dan ratu cantik tanah air.

Lina dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 1998. Beliau kemudiannya mewakili negara ke peringkat akhir Miss World 1998 di Mahé, Seychelles dan melakar sejarah besar apabila meraih tempat ke-3 (2nd Runner-Up) serta dianugerahkan gelaran Miss World Asia & Oceania 1998.

Dunia Lakonan & Penyiaran

Selepas kejayaan di pentas antarabangsa, Lina menempah nama dalam bidang peragaan, pengacaraan, dan lakonan. Wajahnya sering menghiasi pelbagai majalah fesyen utama serta rancangan TV tempatan dan antarabangsa. Beliau juga pernah membintangi sitkom popular era akhir 90-an/awal 2000-an seperti Kopitiam.

  • Penerbit Dokumentari Berkaliber:
    Beralih dari dunia glamor di hadapan kamera, Lina kini bergiat aktif di belakang tabir menerusi syarikat penerbitannya, L10 Media. Beliau merupakan seorang penerbit dan pengarah dokumentari berimpak tinggi yang banyak bekerjasama dengan saluran antarabangsa seperti National Geographic dan Discovery Channel, terutamanya dalam menghasilkan karya berteraskan pemuliharaan alam sekitar serta hidupan liar.
  • Pengarah Eksekutif MyDocs:
    Selain itu, Lina juga memegang peranan penting sebagai Pengarah Eksekutif bagi Persatuan Dokumentari Malaysia (MyDocs), sebuah badan yang komited memperkasakan pembikin filem dokumentari tempatan ke peringkat global.

Sokongan padu dan ucapan manis daripada Lina Teoh ini membuktikan legasi beauty with a purpose ratu cantik Malaysia sentiasa subur dan saling menyokong antara satu sama lain, biarpun terpisah dek jurang generasi hampir tiga dekad!

Sumber: Instagram, Miss Malaysia World

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |