“Dah hari ketiga…” – Hilang Ketika Turun Mendaki Di Bukit Changkat Asa, Nur Izzati Humaira Masih Belum Ditemui

10 hours ago 13

Sudah memasuki hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nur Izzati Humaira Azizul, 19, selepas remaja itu dilaporkan hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, pada Sabtu.

Dalam perkembangan terkini, operasi SAR remaja terbabit melibatkan 90 individu termasuk anggota pelbagai agensi keselamatan dan sukarelawan yang dibantu tiga anjing pengesan, iaitu dua daripada JBPM dan satu milik PDRM dengan kawasan pencarian meliputi sekitar 0.5 kilometer persegi.

707349638 1040081838341516 794356452504134407 N 707022778 1040081831674850 2423429982080334268 N

Hilang ketika turun dari pendakian bersama keluarga

Berdasarkan kronologi kejadian, aktiviti pendakian mangsa bermula jam 8.40 pagi bersama enam ahli keluarganya.

Pada jam 10.50 pagi ketika perjalanan turun, semua pendaki berhenti rehat tetapi mangsa meminta kunci kenderaan dan beg galas dari ibunya kerana mahu turun terlebih dahulu dan berehat di dalam kereta dengan alasan tidak tahan panas dan penat.

Namun, pada jam 11.35 pagi, ibu mangsa mendapati anaknya tiada di kereta dan disyaki hilang ketika dalam perjalanan turun berseorangan.

Difahamkan, kali terakhir mangsa dilihat berpakaian tudung labuh coklat, baju hijau gelap berlengan panjang dan berseluar hitam.

Artikel berkaitan: “Nyawa orang jangan dibuat main” – Netizen Luah Rasa Sedih Tragedi Pendaki Hilang Ditemui M*ut Di Gunung Liang

Artikel berkaitan: Dilaporkan Hilang Ketika Mendaki, Doktor Malaysia M*ut Jatuh Gaung Di Pergunungan Itali

Ibu harap anak pulang

Ibu mangsa, Mastura Md. Zin berulang kali memanggil anaknya melalui panggilan telefon dengan harapan suaranya didengari remaja itu, namun tiada respon kedengaran.

Menerusi sebuah rakaman video yang tular di media sosial, Mastura mengingatkan anaknya supaya terus berzikir dan bertakbir bagi menguatkan semangat sementara pasukan penyelamat berusaha menjejaki keberadaan remaja tersebut.

“Angah, tolong respon angah. Angah…angah dengar tak?

“Ramai orang nak tolong ni, lawan-lawan. Jangan duduk situ lama-lama, bukan tempat kita,” katanya.

Pada masa sama, seorang lelaki tampil melaungkan azan menerusi panggilan telefon tersebut sebagai ikhtiar untuk proses pencarian dipermudahkan.

Setakat artikel ini ditulis, operasi SAR masih lagi diteruskan dan diharapkan pencarian mangsa hari ini membuahkan hasil.

Sumber: Harian Metro, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |