Lelaki OKU Lagak Wanita Di Pejabat Agama Didakwa

55 minutes ago 3

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu  atas pertuduhan berpenampilan seperti wanita hari ini.

Tertuduh yang dikenali sebagai Khairul Izwan Sidi Ahmad, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Firdaus W Ibrahim.

Artikel berkaitan : Bun*h ‘Mak Nyah’ Dengan Gil*s Guna Lori, Suspek Berjaya Ditahan Polis

Artikel berkaitan : Dakwa Kena Rompak, Geng Mak Nyah Thailand Bergocoh Dengan Mak Nyah Filipina Di Bangkok

Didakwa berlagak seperti perempuan

Mengikut pertuduhan, Khairul Izwan didakwa melakukan perbuatan berlagak seperti perempuan dengan memakai baju-T, baju ‘slim fit’, berseluar wanita dan memakai selipar perempuan.

Memetik laporan Sinar Harian, dikatakan kejadian ini berlaku di Bahagian Penguatkuasaan Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) kira-kira jam 2.35 petang pada 9 November 2025 lalu.

Jika disabitkan kesalahan, Seksyen 19 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Kelantan, Syafika Mat Husin, dengan bantuan Ezarihan Mat sementara tertuduh pula diwakili peguam syarie, Muhammad Syarafi Mohd Salleh dan Mohd Faqqhurudin Mohd Nasir.

Screenshot 2026 09 08 173510

Sebelum ini, pihak pendakwaan mencadangkan supaya tertuduh perlu membayar sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Muhammad Syarafi memohon supaya jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM500 selepas mengambil kira status anak guamnya sebagai sebagai golongan OKU serta peranannya sebagai penyumbang terbesar dalam membayar komitmen keluarga.

Menurutnya, tertuduh juga perlu menanggung bil elektrik kediaman keluarga yang berjumlah lebih RM400 sebagai salah satu komitmen bulanannya.

Screenshot 2026 09 08 173649

Mahkamah bagaimanapun membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, Muhammad Syarafi memaklumkan bahawa anak guamnya telah membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |