Jualan Super WOW Lazada 6.6 Kembali Dengan “The Real Catch”, Bantu Rakyat Malaysia Membeli Dengan Lebih Bijak, Bukan Sekadar Murah

18 hours ago 15

Dalam suasana pengguna yang semakin berhati-hati berbelanja, rakyat Malaysia kini tidak lagi melihat kepada diskaun semata-mata. Mereka turut menilai ketulenan produk, nilai bagi setiap ringgit yang dibelanjakan serta pengalaman beli-belah yang boleh dipercayai.

Sejajar dengan perubahan itu, Lazada Malaysia membawakan kembali Jualan Super WOW Lazada 6.6 menerusi kempen bertema “Catch Your Best Deals”. Jualan ini akan berlangsung dari pukul 8.00 malam, 5 Jun hingga 11.59 malam, 8 Jun 2026. Kempen ini memberi tumpuan kepada usaha membantu pengguna membeli dengan lebih bijak, menerusi LazMall, jenama tempatan yang semakin berkembang dan cadangan produk dibantu AI. 

2. Kevin Yap Head Of Business Operations Lazada Malaysia Left And Kaya Qin Chief Executive Officer Of Lazada Malaysia Right Officiating The Launch Of Lazada Malaysias 6.6 Super Wow Sale Campaign Scaled

Bagi pengguna hari ini, tawaran terbaik bukan lagi semata-mata produk dengan harga paling rendah. Sebaliknya, ia perlu mempunyai nilai, ketulenan, kualiti dan jaminan, terutama apabila pengguna semakin teliti memilih apa yang ingin dibeli, daripada siapa mereka membeli dan sama ada pembelian itu benar-benar berbaloi.

Melalui LazMall, pengguna boleh membeli daripada kedai rasmi jenama, melihat maklumat penjual yang dipercayai, membaca ulasan produk, menyemak penilaian, terma-terma pemulangan dan perlindungan platform. Perkara ini penting ketika jualan besar berlangsung kerana pengguna biasanya membandingkan lebih banyak produk, promosi dan penjual sebelum membuat keputusan.

Menurut laporan Cube yang diterbitkan pada November 2025 dengan kerjasama Lazada, 73% daripada 1,000 responden Malaysia yang ditinjau sanggup membayar lebih untuk membeli daripada ‘Mall’ dalam talian. Antara sebab utama ialah jaminan kualiti, produk tulen dan akses kepada promosi rasmi jenama. Ini jelas menunjukkan perubahan dalam cara rakyat Malaysia menilai sesuatu pembelian. Harga masih penting, tetapi kepercayaan kini menjadi faktor utama dalam membantu pengguna membuat keputusan.

1. Kaya Qin Chief Executive Officer Of Lazada Malaysia Delivers Her Opening Speech And Keynote Address At The Lazada Malaysia 6.6 Super Wow Sale Launch Event Scaled

Persaingan sebenar dalam eDagang hari ini bukan lagi pada harga semata-mata. Ia tentang kepercayaan. Apabila rakyat Malaysia semakin teliti dengan setiap ringgit yang dibelanjakan, ‘Catch’ sebenar, bermaksud membantu mereka membeli dengan lebih bijak, bukan sekadar lebih murah. Ini termasuk produk yang tulen, penjual yang diyakini, carian produk yang lebih pintar dan sokongan selepas pembelian,” kata Kaya Qin, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

“Bagi Lazada, 6.6 bukan lagi sekadar jualan mega. Ia adalah detik untuk membina keyakinan pengguna. Setiap kedai rasmi, setiap juara tempatan di LazMall dan setiap cadangan produk dibantu AI memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia membuat pilihan dengan lebih yakin. Inilah hala tuju eDagang yang kami percaya, bukan lagi sekadar mengejar harga murah, tetapi menyediakan cara membeli-belah yang lebih baik, lebih pintar dan lebih dipercayai,” tambah beliau.

4. Guests At Lazada Malaysias 6.6 Super Wow Sale Launch Event Trying Out The On Site Activations Including The Super Wow Pool Experiential Zone Scaled

Kempen tahun ini turut menyokong inisiatif Kita Beli Barangan Malaysia (KBBM) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dengan mengetengahkan jenama tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana, bersama jenama global. Melalui promosi khas, LazMall dan alat carian produk dibantu AI, Lazada mahu membantu perniagaan tempatan mencapai lebih ramai pengguna di seluruh negara, selain meningkatkan daya saing mereka dalam ekonomi digital.

Jenama seperti GINTELL, HABIB, TTRacing, Signature Market, SAMEL dan OxWhite membuktikan bahawa jenama tempatan juga mampu tampil sebagai pilihan premium, dipercayai dan bersedia untuk berkembang. Dengan meletakkan jenama tempatan ini di platform yang sama dengan jenama global, Lazada membantu pengguna menemui lebih banyak pilihan yang diyakini, sambil membuka peluang pertumbuhan yang lebih luas kepada perniagaan Malaysia.

Ciri seperti Lazzie, pembantu membeli-belah AI Lazada, direka untuk memudahkan pengguna mencari produk, mengurangkan kekeliruan ketika membuat pilihan dan membantu mereka membandingkan pilihan dengan lebih pantas. Ini membolehkan pengguna meneliti pelbagai produk sepanjang kempen 6.6 dan memilih barangan yang paling sesuai dengan keperluan, cita rasa dan bajet mereka.

Jualan Super WOW Lazada 6.6 akan menawarkan:

  • Baucar eksklusif bernilai sehingga RM6,666
  • Diskaun LazFlash sehingga 90% dan baucar tambahan bagi kedai-kedai terpilih sehingga 15%
  • Tawaran All-Out-Surprise Deals
  • Pengalaman interaktif dalam aplikasi, aktiviti permainan dan ganjaran LazCoin yang memberi pengguna lebih banyak cara untuk bermain, mengumpul ganjaran dan berjimat

Ketika rakyat Malaysia terus menilai harga yang berpatutan, kualiti dan kepercayaan dalam pembelian dalam talian, Lazada mahu menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi, diyakini dan relevan. Oleh yang demikian, Lazada akan terus menyokong pertumbuhan jenama global, jenama rentas sempadan dan juara tempatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan kempen Lazada Malaysia yang akan datang, sila layari Facebook, Instagram dan Tiktok.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |