Lebih 5,000 Aduan Siber Direkodkan Di Sabah, MCMC Turun Padang Didik Komuniti Tentang Internet Selamat

2 hours ago 5

Kes penipuan dalam talian, buli siber dan pornografi kanak-kanak terus membimbangkan di Sabah apabila sebanyak 5,455 aduan kandungan dalam talian direkodkan sejak 2023 hingga Mei tahun ini.

Daripada jumlah itu, 1,500 kes melibatkan penipuan dalam talian dan kes buli siber serta pornografi kanak-kanak turut membimbangkan. Di Sandakan sahaja, 998 aduan telah direkodkan dengan melibatkan 384 kes penipuan dalam talian. 

Whatsapp Image 2026 05 16 At 17.36.40 1

Karnival Internet Selamat Siri Pertama Di Sabah

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempergiat Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat 2026 sempena Sambutan Hari Kaamatan Daerah Paitan di Sabah.

Program berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, YB Datuk James Ratib dan menjadi siri pertama dengan 19 lagi karnival komuniti yang bakal dianjurkan di seluruh negeri.

Antara pengisian utama program:

  • pendedahan keselamatan internet dan risiko siber
  • penggunaan media sosial secara bertanggungjawab
  • aktiviti kekeluargaan dan advokasi komuniti
  • pendaftaran sukarelawan Wira Internet Selamat (WIS)

Mcmc Pfp 1

Artikel berkaitan: MCMC Perketat Standard TV & Radio, Aduan Pelanggan Kini Perlu Diselesaikan Lebih Cepat

Artikel berkaitan: MCMC Siasat Tiga Individu Sebar Berita Palsu Tarif Elektrik

Akaun Media Sosial Bawah 16 Tahun Bakal Dikawal

Dalam masa sama, kerajaan turut menetapkan bahawa pengguna bawah 16 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun media sosial secara bebas bermula pertengahan tahun ini.

Whatsapp Image 2026 05 16 At 17.36.40

Penyedia platform juga diwajibkan menyediakan fungsi kawalan ibu bapa (parental control) bagi membantu mewujudkan persekitaran digital lebih selamat untuk kanak-kanak dan remaja.

Langkah itu selaras dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Online Safety Act (ONSA) yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu.

Program anjuran MCMC dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) itu telah berjaya menarik lebih 1,000 pengunjung sepanjang kempen itu berlangsung di Paitan.

Sumber: MCMC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |