Ft Jaslinda

Khabar berita mengenai kehilangan seorang pendaki wanita berumur 49 tahun iaitu Jaslinda Saludin yang dikatakan tersasar daripada laluan asal semasa menuruni Gunung Batu Putih, Perak menjadi tumpuan orang ramai.

Kehilangan ini berlaku ketika ekspedisi Trans Spencer Chapman di mana ia merangkumi laluan hutan pergunungan yang melalui Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan dijangka keluar melalui Kuala Woh.

Dengan ketinggian pada Gunung Batu Putih kira-kira 2,132 meter, ia menjadikan laluan ini, bukanlah satu laluan biasa, ia merupakan satu trek mencabar yang memerlukan stamina, pengalaman dan disiplin berkumpulan yang tinggi.

Sepanjang pencarian, beberapa petanda telah ditemui dan berikut merupakann kronologi kehilangan Jaslidna Saludin di Gunung Batu Putih.

Artikel berkaitan: Sudah Masuk Fasa Kritikal Hari Ke-9, Pakar Kongsi Bagaimana Pengalaman 10 Tahun Mampu Selamatkan Jaslinda

Artikel berkaitan: “Kenapa tinggalkan yang sakit dan turun dengan yang sihat?” – Suami Wanita Hilang Di Gunung Batu Putih Terkilan

Kronologi Kehilangan Jaslina Saludin

Screenshot 2026 06 02 132828

  • Ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman itu bermula pada 23 Mei 2026, Jaslinda Saludin salah seorang daripada 14 peserta yang dibimbing oleh 2 orang malim gunung. Pendakian itu bermula kira-kira jam 2 pagi melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.
  • Pada 24 Mei 2026, salah seorang peserta Mohd Hanafi Neikmad, 41 mengalami masalah kesihatan di mana Hanafi mengalami sesak nafas dan muntah darah. Dia terpaksa berhenti bersama malim gunung di Kem Batu Kor.
  • Pada awalnya, Jaslinda juga turut berhenti, namun dia dipercayai meneruskan pendakian secara bersendirian ke puncak Gunung Batu Putih dan kali terakhir dilihat sekitar jam 7.30 pagi oleh malim gunung sebelum dilaporkan hilang.
  • Tarikh 25 Mei 2026, operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara rasmi telah dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pasukan khas STORM telah diturunkan menggunakan helikopter ke puncak Gunung Batu Putih bagi memulakan pencarian dari kawasan tinggi.

Jaslinda

  • 26 Mei 2026, mangsa dikatakan tersasar daripada laluan asal pendakian. Oleh itu, operasi SAR mula memberikan tumpuan kepada kawasan laluan antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu. Peralatan dan kaedah komunikasi turut dipertingkatkan dengan kehadiran pihak SAPURA yang bertanggungjawab dalam mengendalikan Government Integrated Radio Network (GIRN).
  • Petunjuk baharu mula ditemui pada 27 Mei 2026, pasukan penyelamat mula menemui botol air dan bungkusan suplemen yang dipercayai milik Jaslinda di laluan menuju ke Gunung Rayu. Hasil penemuan ini, ia menguatkan kemungkinan bahawa mangsa tersasar dari laluan asal pendakian.
  • Pelbagai agensi termasuk termasuk JBPM, PDRM, PGA dan Jabatan Perhutanan mula turun padang pada 28 Mei 2026 dan mereka mula bermalam di puncak gunung bagi mempergiat usaha pencarian.
  • Dalam masa sama, polis turut memaklumkan beberapa keterangan diambil daripada suami mangsa dan malim gunung telah bagi membantu siasatan. Pasukan penyelamat mengalihkan tumpuan ke kawasan Sungai Ayer Busok berdasarkan kemungkinan mangsa turun untuk mencari sumber air untuk kelangsungan hidup.
  • Mereka terus mengesan petunjuk baharu dengan harapan mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat. Terkini, Kosmo! melaporkan bahawa operasi SAR telah diperluaskan ke kawasan luar laluan pendakian (off trek) dengan penglibatan komuniti Orang Asli dari Kampung Ampang Woh.

Whatsapp Image 2026 06 01 At 5.53.30 Pm 2048X1152 1

  • Kira-kira 12 penduduk Orang Asli hadir memberikan komitmen awal dan meminta masa untuk mengumpulkan lebih ramai anggota sebelum dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi membantu operasi pencarian.

Sumber : Sinar Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.