Orang Ramai Pelihara Anjing Pu Riz

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz tampil berkongsi pandangan mengenai pemeliharaan anjing susulan isu berkaitan haiwan itu kembali menjadi sorotan di media sosial, baru-baru ini.

Menurut PU Riz, orang awam di Malaysia khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar tidak boleh memelihara anjing, susulan kebimbangan terhadap keselamatan masyarakat.

“Kalau tak keberatan, orang awam di Malaysia tak boleh dah pelihara anjing,” tulisnya.

Katanya, dalam Mazhab Syafie yang menjadi rujukan utama dalam fatwa rasmi di Malaysia, terdapat had tertentu berkaitan anjing dan penggunaannya.

Jelas PU Riz, kaedah pemeliharaan anjing untuk tujuan tertentu seperti menjaga kebun tidak lagi begitu relevan bagi kebanyakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar.

“Ini juga saranan agama. Mazhab kita memberi had yang sangat tinggi yang mana orang di bandar tak perlu dan tak pakai kaedah ini (jaga kebun etc).”

Artikel berkaitan: “Saya pernah kena tanya dalam masjid” – Haris Ismail Perjelas Isu Tegur Adik Ipar

Artikel berkaitan: “Meronta-ronta mungkin menahan sakit melampau” – Ibu Mangsa Serangan Anjing Liar Kongsi Haira Sudah Sedarkan Diri

Dalam hantaran sama, PU Riz turut menyentuh mengenai beberapa kejadian individu, termasuk kanak-kanak yang dikatakan diserang dan digigit anjing ketika hendak ke sekolah.

Malah, ada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan serius sehingga hampir meragut nyawa.

Bagaimanapun, cadangan PU Riz itu merupakan pandangan peribadi dan bukannya larangan rasmi.

“Saya personally tak suka dengan kehadiran anjing, baik di rumah jiran bukan Islam mahupun anjing liar. Maaf jika tak setuju. Ini hemat peribadi saya,” katanya.

Setakat ini, pemilikan anjing di Malaysia masih tertakluk kepada undang-undang kecil serta syarat pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.