Personaliti media sosial, Ammar Nazhan baru-baru ini mendedahkan rakannya hilang dan ia telah mengundang persoalan netizen kerana perkara yang serupa pernah berlaku sebelum ini.
Pelakon Kamal Adli juga turut memberikan respon dengan mempersoalkan kesahihan berita tersebut berikutan dengan kontroversi yang menggambarkan situasi lebih kurang sama dalam menghasilkan kandungan sensasi.
Artikel berkaitan: Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Bandung Lepas Buat ‘Content’ Paranormal
Artikel berkaitan: “Jangan hina family saya” – ‘Influencer’ Hilang Di Bandung Mohon Maaf, Terima Banyak Kecaman
“Awak ni mmg terkenal dgn content tau. Harap ni real laaa… Asyik hilang je”
Komen tersebut telah mendapat reaksi Ammar sendiri yang mengakui bahawa kejadian itu benar-benar berlaku dan ia bukan untuk kandungan semata-mata.

Dalam perkongsian yang dibuat menerusi satu video itu, Ammar memaklumkan bahawa rakannya itu dilaporkan hilang dan tidak dapat dihubungi.
Menurutnya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis selepas gagal mengesan keberadaan mangsa.
“Keluarga kepada talent telah hadir untuk membuat laporan polis selepas anak mereka didapati tidak dapat dihubungi.”
“Pihak keluarga juga mengesyaki bahawa mangsa telah diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai suami, namun perkahwinan tersebut berlaku di Thailand dan tidak berdaftar secara sah di Malaysia.”
Sebelum ini, Ammar pernah menjadi tumpuan selepas berkongsi kehilangan rakannya semasa melakukan aktiviti paranormal. Bagaimanapun, perbuatan itu akhirnya terbongkar selepas polis dari Indonesia mengesahkan bahawa insiden tersebut hanya rekaan semata-mata bagi meraih jumlah penonton.
Sumber: Threads

4 hours ago
6


















![[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/04/zra-gsf-sekat-kapal-tentera-israel.jpg)












:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















