Wanita Indonesia Budi95

Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan subsidi BUDI95 (Subsidi RON95) yang diberikan kerajaan kepada warganegara Malaysia yang layak.

Ini berikutan tular sebuah video seorang wanita yang dipercayai berasal dari negara seberang (Indonesia) yang merayu kerajaan untuk membenarkan mereka selaku isteri kepada warganegara tempatan untuk mendapatkan RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Wanita itu merintih kesusahan yang dialaminya untuk menanggung kos minyak pada harga yang lebih mahal meskipun bergelar isteri kepada warganegara Malaysia.

“Salam Kerajaan Malaysia. Tolonglah kasihani kami. Kami isteri-isteri kepada warganegara Malaysia. Kami legal. Kami ada visa spouse tapi tak diakui waktu isi minyak, tetap saja dicaj RM4.20.

“Kenapa bezanya begitu tinggi. Kalau ada kad pengenalan, minyak RM1.99. Tolonglah jangan macam ini,” keluhnya.

Dia kemudian meminta kerajaan untuk memudahkan golongan sepertinya menikmati subsidi ini dengan menggunakan visa spouse.

“Dan kami juga perlu menanggung biaya minyak untuk guna setiap hari untuk bekerja. Tolonglah Kerajaan Malaysia. Sesuatu yang mudah jangan dibuat sulit. Sekurang-kurangnya, bolehkan visa spouse digunakan untuk isi minyak.”

Screenshot 2026 04 22 171441

Artikel berkaitan: “Bukan minyak habis…” – Stesen Minyak Didakwa Enggan Jual Diesel, KPDN Ambil Tindakan

Artikel berkaitan: “BUDI95 tak boleh ditebus guna IC orang lain?” – Ini Penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara

Menerusi semakan Lobak Merah, video asal sudah pun dipadam namun dimuat naik semula dan menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Rata-rata netizen menjelaskan BUDI95 itu dikhaskan hanya untuk warganegara Malaysia yang layak sahaja dan bersetuju dengan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

Selain itu, segelintir netizen Indonesia yang berkahwin dengan warga tempatan juga tidak bersetuju dan turut berasa malu dengan rintihan wanita terbabit.

Malah, wanita itu sepatutnya bersyukur masih lagi dapat menikmati beberapa perkara lain di negara ini.

Screenshot 2026 04 22 171455 Screenshot 2026 04 22 171536

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.