Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister kini meraih satu pencapaian penting dengan siapnya pembinaan serta penyerahan rumah kepada keluarga yang memerlukan, sekali gus membuktikan hasil nyata daripada sebuah gerakan seluruh negara yang tercetus daripada amalan kebaikan harian.
Dilaksanakan bersama EPIC Homes, inisiatif ini menyumbang kepada pembinaan sehingga 100 buah rumah untuk komuniti yang kurang berkemampuan, termasuk keluarga Orang Asli di seluruh Malaysia. Bermula sebagai seruan ringkas untuk berbuat baik pada bulan Ramadan, usaha ini kini diterjemahkan kepada kediaman yang selamat dan selesa, memberikan perlindungan, kestabilan serta peluang untuk keluarga membina masa depan yang lebih baik.
Komitmen Untuk Mewujudkan Perubahan Nyata

“Gandakan Kebaikan mencerminkan kepercayaan kami bahawa perubahan yang bermakna terhasil apabila komuniti bersatu dengan matlamat yang sama,” kata Aditya Sheoran, Pengarah Kanan Francais PepsiCo. “Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja membina rumah, tetapi turut membantu mewujudkan asas yang lebih kukuh agar keluarga dapat terus berkembang, hari ini dan pada masa hadapan.”
Jennifer Lee, Ketua Pemasaran PepsiCo Malaysia Beverages, berkongsi, “Inilah saat apabila niat direalisasikan menjadi impak. Kempen Gandakan Kebaikan bermula daripada amalan kecil setiap individu, dan hari ini, hasilnya jelas kelihatan. Rakyat Malaysia sentiasa tampil untuk saling membantu, dan semangat itu akan kekal hidup.”
Rumah Baharu Bawa Harapan Kepada Keluarga

“Bagi keluarga yang tinggal dalam keadaan tidak selamat, kebimbangan sentiasa menghantui, terutamanya ketika hujan lebat. Sebuah rumah daripada EPIC Homes memberi mereka ruang untuk berasa lebih terlindung. Ia bukan sekadar tempat berteduh, kediaman yang selamat membawa ketenangan, kestabilan, serta harapan untuk masa depan yang lebih baik,” kata Nadhira Halim, Penolong Pengurus, Pengumpulan Dana & Kerjasama, EPIC Homes.
Lebih daripada sekadar binaan fizikal, rumah-rumah ini menghadirkan rasa selamat dan bermaruah kepada penghuninya, selain menyediakan persekitaran yang stabil untuk keluarga memulakan semula kehidupan mereka. Dibina dengan sokongan sukarelawan dan komuniti setempat, setiap kediaman melambangkan usaha bersama yang melangkaui sekadar sebuah kempen.
Impak Berterusan Selepas Ramadan

Walaupun Gandakan Kebaikan berakar daripada semangat Ramadan, impaknya terus dirasai jauh selepas musim perayaan. Dengan memberi tumpuan kepada keperluan jangka panjang komuniti, Tropicana Twister mengukuhkan komitmennya dalam mencipta perubahan yang bermakna dan berpanjangan.
“Sebagai jenama, kami percaya pada kekuatan kebaikan yang dikongsi bersama. Projek ini adalah tentang merealisasikan kepercayaan tersebut kepada tindakan, serta menyatukan masyarakat untuk mencipta impak yang berkekalan,” tambah Jennifer. “Seperti setiap rangka dan papan yang membentuk sebuah rumah, setiap individu memainkan peranan penting dalam menjayakan perjalanan ini.”
Kebaikan Bersama Terus Diperluaskan

Dengan siapnya pembinaan rumah-rumah ini, Gandakan Kebaikan terus memperkukuh misinya dalam menyokong komuniti yang memerlukan di seluruh Malaysia, sekali gus membuktikan bahawa kebaikan bersama mampu menghasilkan impak yang melangkaui satu detik.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Tropicana Twister di @MYTropicana dan tonton di YouTube untuk melihat sendiri impak yang terhasil.

3 hours ago
4

















![[VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/04/zra-gsf-sekat-kapal-tentera-israel.jpg)












:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















