Parent Pembuli Ako Mustapha

Pelakon Ako Mustapha mempersoal perilaku ibu bapa kepada pembuli susulan anaknya Mikael Iskandar yang berusia 10 tahun didakwa menjadi mangsa buli di sekolah, baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Threads, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha bertanya kepada ibu bapa lain yang mempunyai pengalaman sama sepertinya.

Ako juga kecewa dengan ibu bapa kepada pembuli yang dilihat bersikap defensif, seolah-olah tidak mahu mengiyakan kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka.

“Ada tak parents dekat sini ada experience anak kena buli? Bila kes macam ni memang parents yang membuli tu yang akan lebih-lebih. Play victim? Defensive? Arrogant? Macam dia pula yang tersakiti?

“Memang parents pembuli ni berlagak ke?” soalnya.

Artikel berkaitan: “Perut ada kesan tapak kasut” – Ako Mustapha Berang Anak Umur 10 Tahun Dibuli Di Sekolah

Artikel berkaitan: “Sudah terima 5 laporan” – Kes Buli Anak Tam Spider, Polis Buka Kertas Siasatan

Susulan kes itu, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya, selain mahu ibu bapa kepada pelaku turut dikenakan tindakan.

“Biar polis ambil tindakan. Biar pembuli tu tau Malaysia ada undang-undang. Heret mak bapa mereka sekali.

“Aku geram mak bapa pembuli ni yang lebih dari yang dibuli,” katanya.

672344644 17931213315250886 4727783423989800384 N

Difahamkan, kes buli melibatkan anaknya telah mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan dengan kerjasama sekolah dan pihak terbabit sebelum meneruskan dengan tindakan selanjutnya.

Ako turut menyatakan anaknya mengalami sedikit fobia serta trauma psikologi akibat kejadian itu.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.