Padah melakukan aksi tidak senonoh terhadap seorang pekerja wanita dalam sebuah kedai, seorang lelaki diberkas polis selepas tindakannya melakukan gangguan seksual terhadap pekerja premis itu tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman, kejadian berlaku kira-kira jam 3.33 petang semalam apabila mangsa 25 tahun terkejut sebaik melihat suspek membuka zip seluar dan melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang ke arahnya.
“Mangsa yang bekerja di pasar raya itu mulanya terdengar bunyi seperti zip dibuka, membuatkan pengadu (mangsa) pergi melihat sebelum mendapati suspek sedang membuat gangguan seksual itu.
“Suspek ketika itu sedang melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang ke arah pengadu. Pengadu bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit serta memarahi supek sehingga dia beredar,” katanya.
Artikel berkaitan: Noda Remaja Di Hospital, Pesakit Dialisis Berusia 60 Tahun Dipenjara 3 Tahun
Artikel berkaitan: Tular Didakwa Buat Aksi Tak Senonoh Ketika ‘Live’, Pasangan Peniaga Tawar Ganjaran RM50k Cari Individu Sebar Video
Suspek berumur 55 tahun itu dikesan di Stesen Bas Gerik pada 9.45 malam tadi dan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Mengulas lanjut, suspek merupakan seorang penganggur serta masih bujang turut mempunyai sejarah menerima rawatan sakit mental.
Sumber: Berita Harian

3 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















