Keadaan di sekitar Gedung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Senayan, Jakarta Pusat dilaporkan semakin tegang dan tidak terkawal sebaik sahaja melangkah ke waktu malam.
Demonstrasi berskala besar yang disertai ribuan penunjuk perasaan terdiri daripada gabungan pelajar, kesatuan buruh, serta pelbagai pertubuhan kemasyarakatan (ormas) itu menyaksikan pertempuran berterusan antara orang ramai dan pihak berkuasa.
Menerusi beberapa hantaran yang tular di platform media sosial seperti Threads dan X, suasana malam di kawasan berkenaan bertambah cemas apabila lampu penerangan jalan utama di sekitar kompleks parlimen berkenaan dipercayai telah dimatikan.
Artikel berkaitan: Bukan Sahaja Di Indonesia, Ini 4 Negara Yang Berdepan Rusuhan Dari Rakyat
Artikel berkaitan: Plaza Tol Dan Stesen MRT Antara Fasiliti Yang Terjejas Di Indonesia Akibat Demonstrasi
Visual yang dikongsikan pengguna media sosial menunjukkan lautan manusia masih bertahan di hadapan pagar utama berhampiran jambatan bertingkat, manakala kepulan asap tebal dan gas pemedih mata mula memenuhi ruang udara.
Melihat kepada situasi yang semakin genting, warga maya dan pengguna tempatan tampil menyuarakan kebimbangan serta menggesa orang awam untuk tidak mendekati kawasan Senayan dan laluan sekitarnya.

Sehingga lewat malam, kehangatan protes dilaporkan mula melimpah ke beberapa kawasan berhampiran seperti Slipi dan Kemanggisan. Difahamkan, terdapat juga insiden kenderaan terbalik di hadapan Wisma 77 serta halangan jalan yang dibuat oleh kumpulan demonstrasi yang masih bertahan.
Gelombang demonstrasi ini tercetus ekoran tuntutan rakyat yang mendesak kerajaan dan ahli parlimen mempercepatkan kelulusan Rancangan Undang-Undang (RUU) Perampasan Aset serta mengetatkan tindakan terhadap isu rasuah di negara berkenaan.
Sumber: Threads

8 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















