Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan lebih 230,000 pembayar cukai telah mengemukakan sebanyak 1.505 bilion e-Invois sejak pelaksanaannya bermula pada 1 Ogos 2024.
Perkembangan itu mencerminkan sokongan serta kesediaan pembayar cukai dalam memperkukuh pendigitalan operasi perniagaan.

Bermula 1 Januari 2026, semua pembayar cukai perlu mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barangan atau penyediaan perkhidmatan melebihi RM10,000.
Bagi tujuan itu, pembeli perlu mengemukakan nombor pengenalan diri atau nombor pengenalan cukai (TIN) kepada penjual bagi memastikan e-Invois dapat dikeluarkan dengan tepat.
Artikel berkaitan: Semua Permohonan Baharu Kelulusan Subseksyen 44(6) Wajib Melalui e-Derma mulai 15 Jun – LHDN
Artikel berkaitan: HASiL Perkenal e-Rayuan Pungutan Cukai Pegangan, Kini Boleh Mohon ‘Online’ Di MyTax
Dalam masa sama, HASiL telah mengesan terdapat pembayar cukai yang mempunyai transaksi kewangan aktif tetapi tidak sepadan dengan rekod percukaian sedia ada hasil analisis yang dijalankan pihaknya.
Antara yang dikenal pasti termasuk:
- pembelian bernilai lebih RM100,000
- pembelian kenderaan dan aset
- transaksi dalam talian yang aktif tanpa pelaporan pendapatan yang sewajarnya.
Melalui pendekatan “nudging” yang dilaksanakan, seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi pendapatan tahun taksiran terdahulu melibatkan jumlah pendapatan RM4.07 bilion dan cukai kena dibayar sebanyak RM1.009 bilion.
Dalam pada itu, HASiL turut mengesan beberapa kesilapan yang masih dilakukan pembayar cukai, antaranya:
- Mengeluarkan e-Invois secara tidak konsisten bagi sebahagian transaksi sahaja
- Mengeluarkan e-Invois yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan
- Menghantar e-Invois disatukan selepas tempoh masa yang dibenarkan
- Gagal mengeluarkan e-Invois bagi transaksi melebihi RM10,000 mulai 1 Januari 2026

HASiL menasihatkan pembayar cukai supaya membuat pembetulan secara sukarela sekiranya masih terdapat transaksi yang belum dilaporkan kerana tindakan penguatkuasaan dan perundangan boleh diambil terhadap ketidakpatuhan yang dikesan.
Sumber: HASiL

11 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















