Pagi tadi, laman sosial Threads dihujani dengan keluhan dan kemarahan pengguna LRT laluan Kelana Jaya kerana tren yang dinaiki mengalami gangguan sehingga membuatkan ramai terlambat untuk ke tempat kerja.
Apa yang membuatkan mereka bertambah marah, masalah ini berlaku selama dua hari berturut-turut dan ia berlaku pada waktu puncak iaitu pada awal pagi. Menurut pengguna, masalah ini dikatakan telah kerap berlaku dalam masa 6 bulan terdekat ini.
Artikel berkaitan: LRT 3 Dalam Fasa Akhir Ujian, Dijangka Mula Beroperasi Hujung Tahun
Artikel berkaitan: Lelaki Cedera Parah Di Kepala Selepas Terjat*h Atas Landasan LRT Subang Alam
Semalam dah lambat masuk office, takkan harini pun nak lambat lagi? – Netizen

Menurut seorang pengguna LRT yang dikenali sebagai Dani, dia menyatakan bahawa dirinya telah lambat ke tempat kerja selama 2 hari ini.
Dalam video yang dikongsikan di Threads, dia menunjukkan suasana di salah satu stesen yang sangat sesak kerana dikerumuni oleh penumpang tren, menurutnya ketika video tersebut dirakam, waktu pada ketika itu kira-kira jam 8.23 pagi.
Jika diperhatikan di Threads, hampir kesemua stesen di laluan Kelana Jaya menunjukkan suasana sesak pada pagi tadi.
Dalam pada itu, ramai yang meminta agar pihak-pihak tertentu untuk mengambil tindakan segera agar dapat membendung masalah ini daripada terus berlaku.
Rapid KL mohon maaf

Terpanggil dengan keluhan orang ramai, pihak Rapid KL telah membuat kenyataan secara terbuka menerusi Facebook rasmi milik mereka. Menurutnya, tren yang dikendalikan secara manual telah dikeluarkan daripada perkhidmatan dan mereka sedang melaraskan jadual perjalanan agar tren kembali beroperasi seperti biasa.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih atas kesabaran anda.”
Dalam pada itu, majoriti netizen ‘menyeru’ Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk memantau keadaan ini.

17 hours ago
8













![[VIDEO] Ahli Keluarga Warga Emas Serang Peniaga, Desak Mangsa Beli 1 Perkakas Dapur Bernilai RM4,700](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/02/ft-scammer.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















