Reaksi Ka Video Menari Tular

Perkongsian video 30 hari 30 resepi oleh pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sememangnya sentiasa dinantikan dan menjadi perhatian ramai ketika bulan Ramadan.

Namun, Ramadan kali ini, bukan hanya 30 hari 30 resepi yang tular, malah video lama Khairul Aming menari dengan gaya santai dan penuh yakin ketika zaman universitinya dahulu bersama rakan sekampus juga turut tular sehingga ada yang buat parodi gerak tariannya itu.

Namun, pemilik restoran Rembayung ini tidak melatah meskipun video tariannya ketika zaman belajar di Vanderbilt University, Ameirka Syarikat menjadi perhatian ramai dan ramai warganet yang bergurau dengan menyifatkan video tersebut sebagai ‘aib’ Khairul Aming.

Ini kerana menurut Khairul Aming atau KA, beliau dan pelajar Malaysia yang lain pada ketika itu perlu membuat persembahan tarian kebudayaan negara Malaysia untuk menunjukkan budaya tanah air kita kepada negara luar untuk program kampus.

@butterrrrflys

#khairulaming

♬ bunyi asal – SeriBelle – SeriBelle

Artikel berkaitan: “Memang kita kerja pergi kedai je” – Netizen ‘Geram’ Dengan Kerenah Khairul Aming Kongsi Resepi

Artikel berkaitan: Elak ‘Scammer’ Khairul Aming Mohon Pelanggan Yang Berjaya Tempah Slot Rembayung Agar Tidak Kongsi ‘Screenshot’

Dengan itu, KA menggalakkan adik-adik yang masih berada di institut pengajian tinggi untuk bergiat aktif menyertai aktiviti kampus kerana aktiviti tersebut membolehkan pelajar untuk menimba pengalaman menjadi pemimpin.

@haniff_hanafy

The positivity of @khairulaming.

♬ original sound – Haniff Hanafy – Haniff Hanafy

Tambahnya lagi, aktiviti ketika zaman pengajiannya juga lah yang membantu KA untuk menguruskan ratusan kakitangan di restoran dan kilangnya.

Sumber: TikTok 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.