Syaz Ft 2026 02 25T115103.208

Kematian Nemesio “El Mencho” Oseguera Cervantes, ketua kartel paling dikehendaki di Mexico, bermula daripada satu kesilapan kecil dalam rangkaian keselamatannya.

Selepas bertahun-tahun berjaya mengelak daripada ditangkap, pihak berkuasa akhirnya mendapat maklumat konkrit mengenai lokasi persembunyiannya melalui intipan terhadap salah seorang kekasih gelap raja dadah tersebut.

Menurut Setiausaha Pertahanan Mexico, Ricardo Trevilla Trejo, penyiasat berjaya mendekati seorang “lelaki kepercayaan” kepada kekasih El Mencho tersebut untuk mendapatkan akses ke kubu rahsianya.

Artikel berkaitan: Modus Operandi Kartel Terbongkar: PM Anwar Tegas Banteras Tipuan Bida & Penetapan Harga

Artikel berkaitan: Berjaya Pintas Penyeludupan, Tentera Laut Mexico Iring Kapal Bawa 4 Tan D*dah

Hb56G9Ibaaewe36

Drama ini memuncak pada 20 Februari apabila kekasih El Mencho dikesan keluar dari sebuah kompleks kabin di pinggir bandar Tapalpa, namun El Mencho sendiri kekal berada di situ bersama pengawal peribadinya.

Peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan khas Mexico dan Pengawal Kebangsaan untuk melancarkan serbuan nekad dalam tempoh 24 jam. Walaupun pertempuran sengit meletus sehingga mengorbankan lapan ahli kartel, El Mencho yang cedera parah akhirnya berjaya ditahan di kawasan hutan tebal sebelum disahkan meninggal dunia di dalam helikopter semasa dalam perjalanan ke hospital.

Kematian ketua Jalisco New Generation Cartel (CJNG) ini telah mencetuskan gelombang keganasan yang ngeri di seluruh Mexico sebagai tanda balas dendam. Ahli kartel bertindak membakar kenderaan dan menyekat jalan raya sehingga mengorbankan 25 anggota Pengawal Kebangsaan, sekali gus memberi tekanan hebat kepada Presiden Claudia Sheinbaum.

Walaupun operasi ini dilihat sebagai hadiah buat Donald Trump dalam usaha membanteras penyeludupan fentanyl, ia turut mencetuskan kegusaran tentang keselamatan bandar Guadalajara yang bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 tidak lama lagi.

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.