“Masa kat kaunter, masuk bateri tak boleh. Dalam kereta dia bernafas” – Wanita Dakwa Beli Patung RM1 Di Bundle Boleh ‘Hidup Sendiri’?

7 hours ago 5

Satu pengalaman yang menyeramkan buat Mia ini apabila dia mula membeli satu patung di kedai bundle kerana harganya yang begitu rosak.

Disangkakan rosak, rupa-rupanya anak patung tersebut boleh berfungsi malah memberikan satu tindak balas yang membuatkan ramai rasa merinding apabila melihatnya.

Artikel berkaitan: “Seramai 127 saksi sudah dipanggil” – Laporan Patologi Pelajar Dit*kam Dijangka Siap Dalam 1 Hingga 3 Bulan

Artikel berkaitan: “Aaa scary!” – Nampak Patung Putih Beratur Panjang Di Tepi Jalan, Rupanya…

“Tolong jangan ada anak patung di rumah!!”

@miaaa_sy

baru nak ingt nak cerita pasal patung yang beli kat bundle pulak..tapi tak nak lah 🤣🤣 nanti saya kene marah lagi, kene ckp nk viral pulak..ape saya blh ckp tolng jangan ade patung kat rumah !! lagi2 yang nmpak perfect mcm ni 😬

♬ Scary – Satarabasna

Kisahnya bermula apabila Mia bersama keluarganya ke sebuah bundle terkenal di Damansara, anaknya pergi ke bahagian permainan dan terjumpa satu patung yang dijual dengan harga Rm 1 sahaja. Pada mulanya Mia enggan untuk beli tetapi memandangkan keunikan pada patung tersebut, Mia membelinya.

“Mula tu cakap tak payah (beli) jelah..tapi sebab kan patung ni agak lain ye, kulit boleh gerak-gerak macam manusia..macam silikon kot..dan masa tu cuba semak harga kalau beli baru RN500 macam tu..”

Jika dibandingkan dengan harga yang baru beli harga begitu ketara mahalnya, menurut Mia, semasa ingin mencuba patung tersebut di kaunter, ianya langsung tidak berfungsi walaupun sudah masukkan bateri dan pekerja di situ mendakwa bahawa patung itu sudah rosak.

Namun, apa yang menyeramkan adalah, semasa dalam perjalanan pulanh ke rumah patung tersebut tiba-tiba memberikan respon dan berbunyi seakan-akan sedang bernafas dan patung itu dilihat berfungsi elok sedangkan pada waktu itu tiada bateri dimasukkan!

@miaaa_sy

Replying to @Ciknana offical ok mcam ni cerita die..masa tu kiteorg pergi jbr bundle kat damansara..lepas tu anak pun pergi kat toys section..die jumpa patung ni Rm1 je..mula tu ckp xyah jelah..tp sbb kn patung ni agak lain ye,skin die blh gerak2 mcm manusia..mcm silikon kot..and masa tu try check harga klu bl baru rm500 mcm tu.. dh alang2 rm1 ok jelah,masa kat kaunter test2 masuk btry x blh..bdk tu kata dh rosak sbb tu jual rm1..tapi yang scary nya bile otw balik dalam kereta tibe2 die bernafas ehh…korg boleh dgr dalam video tu die bernafas,and kiteorg mmg terkejut gila sbb die bercakap sedangkan xde batry 🫣 ..nnt i sambung vdeo kedua..sebab i akan explain ape je yang patung ni cakap termasuk die carut ye bila anak ckp die buruk 😬

♬ original sound – M. – M.

“Boleh dengar dia nafas lepastu tak nak bunyi macam tahu kita tengah rakam”

Dalam video yang dikongsikan di TikTok, patung tersebut mengeluarkan bermacam-macam bunyi dan paling aneh, Mia mengatakan patung yang sepatutnya menjadi mainan kanak-kanak itu mengeluarkan kata-kara kesat.

Kata Mia lagi, selepas kejadian yang berlaku pada tahun 2022 ini, dia tidak lagi beli sebarang patung untuk anaknya kerana takut. Dalam video di bawah, agak menyeramkan apabila patung tersebut boleh menyebut nama anaknya.

@miaaa_sy

OK GUYS TGK PAKAI EARDBUDS OK !! atau korg kne dgr betul2..sbb vdeo ni dalam kete..so mcm2 bunyi..but korg nilai sndr lah, atau klu ade y tau patung ni mmg blh ckp macam2 termasuk mencarut ke?? 😬 sbnrnya ade lagi satu vid y kiteorg record bukak blkng die nak buktikan xde btry, tp cr2 x jmp plak..nk kne cr lagi kat ig n fb 😬😬 hrap jumpa lah blh lah korg tgk sndr..sbb masa cabut tempat btry tu mata die kelip2 banyak kali, and die ade ckp something.Video ni pernah viral dlu kat ig, x ingt page ape yang repost 😬..lepas pada kes ni, i dh x pernah belikan anak i patung..sume takut 🤣

♬ original sound – M. – M.

Dalam video selanjutnya, Mia menunjukkan patung tersebut memberikan satu tindak balas selepas dia membuat pengesahan bahawa patung itu berfungsi semasa tiada bateri.

@miaaa_sy

Replying to @bueno’s sorry guys,puas cari video yang bukak tempat bateri,tp x jumpa lah..ade yang ni je.. sejak dr kejadian ni i dh x pernah belkn anak2 anak patung 😁 anak2 pun dh takut nk bl patung mcm ni.. lagipun Nabi mmg larang ade anak patung dlm rumah..mngkn ini sebabnya.

♬ original sound – M. – M.

Jelas Mia kepada Lobak Merah,  selepas kejadian itu, anak-anaknya takut untuk bermain selepas melihat reaksi patung tersebut hidup tanpa bateri dan ibu kepada Mia terus membakar patung tersebut. Ujar Mia lagi, dia sekeluarga bagaimanapun tidak mengalami gangguan mistik, namun ia menjadikan satu pengajaran untuk tidak membeli sebarang patung lagi.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |