Dunia hiburan tempatan sekali lagi panas! Kali ini, seorang penyanyi rap wanita tanah air menjadi sasaran kemarahan netizen selepas dia melancarkan video muzik terbaharunya yang dianggap tidak sensitif dengan kesucian bulan Ramadan.
Video muzik tersebut memaparkan penyanyi berkenaan bersama beberapa penari latar mengenakan pakaian yang agak menjolok mata dan melakukan tarian yang dianggap kurang sopan oleh masyarakat.
Artikel berkaitan: Tular Video Tak Senonoh Mirip Penyanyi Lelaki, Dakwa Tuan Badan Sendiri Jual Di Telegram?
Artikel berkaitan: Tuan Rumah Lega Selepas Pihak Ketiga Bantu Selesaikan Tunggakan Sewa Rumah Penyanyi Legenda

Apa yang membuatkan ramai netizen ‘panas’ adalah apabila lagu tersebut menggunakan elemen lagu rakyat tradisional Melayu, namun divisualkan dengan imej yang sangat berbeza daripada nilai warisan asal.
Rata-rata warga maya meluahkan rasa kurang senang mereka di ruangan komen. Ada yang menyifatkan tindakan melancarkan visual sebegitu di bulan mulia sebagai satu langkah yang “tone-deaf” dan terlalu berani demi mendapatkan perhatian.

Bukan itu sahaja, penggunaan kapsyen yang menyentuh soal ‘warisan’ (heritage) dalam hantaran tersebut turut dipersoal.
Meskipun terdapat segelintir peminat yang cuba mempertahankan kreativiti artis berkenaan, namun kecaman nyata lebih mendominasi. Ramai yang menasihatkan agar pihak pengurusan dan artis lebih peka dengan sensitiviti agama dan budaya pada masa akan datang supaya tidak timbul isu yang boleh mencalarkan imej sendiri.
Sumber: Threads

16 hours ago
19































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















