“Biar aku je warga Indonesia anak-anak jangan” – Pempengaruh Indo Diarah Bayar Semula Dana Biasiswa Lepas Terlepas Kata

13 hours ago 16

Di negara jiran, Indonesia kini sedang hangat diperkatakan mengenai kes pasangan yang menetap di luar negara yang salah seorangnya dikenali sebagai Dwi Sasetningtyas ini.

Ianya bermula apabila Dwi Sasetningtyas memuat naik satu video menunjukkan yang dia telah  mendapat surat daripada Pejabat Dalam Negeri United Kingdom dan surat tersebut mengenai status kewarganegaraan anak keduanya.

Artikel berkaitan: Tular Jemaah Masjid Di Indonesia Ini Solat Dua Kiblat Berbeza

Artikel berkaitan: Kerana Terlalu Marah Lepas Hilang RM17, Guru Di Indonesia Paksa Pelajar B*gel

Bangga anak dapat jadi warganegara luar

Saat dia ingin kongsikan kegembiraannya itu, Dwi sudah terlanjur kata hingga membuatkan ramai netizen Indonesia kurang senang dengan tindakannya.

“I know the world seems unfair. Tapi cukup aku aja yang WNI (Warga Negara Indonesia), anak-anakku jangan. Kita usahakan anak-anak dengan paspor kuat WNA (Warga Negara Asing) itu.

Kecaman hebat yang diterima begitu kuat sehinggakan pihak berkuasa yang membantu menampung pembiayaan mereka ke luar negara itu bersuara.

Untuk pengetahuan, Dwi dan suaminya, Arya Iwantoro adalah penerima satu biasiswa yang dipanggil Lembaga Pengelola Dana Pendidikan (LPDP) dan ia merupakan satu organisasi di bawah naungan Kementerian Kewangan di negara tersebut.

Screenshot 2026 02 25 163451

Jadi, LPDP ada tampil memberikan kenyataan secara terbuka berkenaan dengan kes ini. Pihak mereka meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata yang diberikan oleh Dwi.

“Tindakan tersebut tidak mencerminkan nilai integriti, etika dan profesionalisme yang ditanamkan LPDP kepada seluruh penerima beasiswa (biasiswa).”

Berikutan itu, Dwi ada membuat permohonan maaf secara terbuka, dia juga ada menyatakan bahawa kenyataan itu dibuat berikutan dengan rasa kecewa, lelah, tertekan sebagai warganegara Indonesia terhadap pelbagai aspek.

Screenshot 2026 02 25 163514

Menurut sumber, berikutan dengan kenyataan itu juga, Dwi dan Arya diarahkan untuk membayar semula dana biasiswa yang mereka berdua terima dan sumber melaporkan bahawa mereka bakal melunaskan bayaran tersebut kelak.

Sumber: Liputan 6, CNBC Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |