Dua orang penyelam dilaporkan hilang ketika menyelam di Taman Laut Pasir Akar di Pulau Redang pada pagi Sabtu semalam.
Kedua-dua mangsa iaitu seorang jurulatih selam skuba tempatan dan juga seorang pelancong dari negara China walau bagaimanapun akhirnya telah ditemui selamat malam tadi selepas sekitar 12 jam bertarung nyawa terapung di lautan, lapor Sinar Harian.
Bot pencari sukarelawan ‘Black Jack’ dari Redang Divers yang turut membantu operasi mencari mangsa telah menemui kedua-dua mangsa malam tadi sekitar jam 9..45 malam di lokasi berhampiran Pulau Yu.

Artikel berkaitan: “Tolonglah buang dalam tong sampah!” – Individu Dedah Kucing Menderita Akibat Kecuaian Kaki Pancing
Artikel berkaitan: “Hanya pencinta kucing sahaja yang faham” – Tangisan Peguam ‘Kotak Pensel’ Kehilangan Kucing Tersayang Undang Sebak Ramai
Difahamkan, lokasi mereka ditemui adalah sekitar 10 batu nautika dari kawasan awal kedua-dua mangsa dilaporkan hilang.

Sejurus selepas ditemui, mereka telah dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat dan kini, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: BERNAMA
Sumber: BERNAMA

16 hours ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















