Motosikal Kemalangan

Kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Jalan Tambak Paya di Melaka pada awal pagi tadi sekitar jam 4.02 pagi telah meragut nyawa tiga orang pelajar sekolah.

Lebih menyayat hati apabila salah seorang daripada mangsa yang meninggal dunia itu juga putus kaki, lapor Berita Harian.

Dalam kemalangan itu juga, seorang lagi mangsa iaitu seorang lelaki pula telah cedera.

Difahamkan, tiga pelajar sekolah yang maut itu ialah dua remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun serta seorang remaja perempuan 16 tahun.

Kecederaan parah pada kepala telah menyebabkan mangsa-mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan Motosikal

Artikel Berkaitan: “Tahniah wira yang pertaruhkan nyawa” – Tindakan Berani Pemuda & Rakan Selamatkan Mangsa Kereta Tenggelam Di Tasik Biru Dipuji

Artikel berkaitan: “Edi janji nak bawa tunai umrah” –  Pelajar Pintar PhD M*ut Kereta Terjunam Dalam Tasik UMK

Seorang lagi mangsa yang terselemat iaitu pemuda berusia 18 tahun pula difahamkan mengalami kecederaan pada kaki, tangan dan kepala dan kini sedang dirawat di hospital.

Difahamkan, mangsa yang berusia 18 tahun itu menunggang motosikal jenis Yamaha Y16 manakala motosikal Yamaha 15 ZR pula ditunggang oleh remaja lelaki yang berusia 15 tahun.

Sebuah lagi motosikal Yamaha 15 ZR yang ditunggang oleh pelajar lelaki 16 tahun dan dibonceng oleh remaja perempuan itu pula telah bertembung dengan kedua-dua motosikal tadi.

Gambar motosikal-motosikal yang rosak akibat kejadian itu telah tular di media sosial.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.