3 Remaja Lelaki Masih Bersekolah Ditahan Polis, Curi Wang Derma Tabung Surau

14 hours ago 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiga orang pelajar sekolah yang berusia antara 13 dan 15 tahun telah diberkas oleh polis kerana telah mencuri wang daripada tabung derma di surau di Kangkar Pulai beberapa hari lalu.

Laporan Malaysia Gazette mendedahkan bahawa tiga orang suspek iaitu remaja yang masih bersekolah itu dipercayai telah terlibat dengan beberapa kes kecurian tabung surau.


Sebuah motosikal dan dua buah tabung surau yang dipercayai dicuri oleh ketiga-tiga remaja itu turut dirampas oleh polis.

Curi Duit Tabung SurauGambar sekadar hiasan

Artikel Berkaitan: “Kreatif ya pencuri sekarang” – Lelaki Senyap-senyap Tukar QR Code Untuk Derma Masjid Kepada Sendiri Punya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Bertelekung Kantoi Curi Barang Jemaah Wanita Dalam Masjid di Shah Alam

Menurut polis lagi, tiga kes kecurian duit tabung derma surau telah berjaya diselesaikan oleh pihak mereka dengan tertangkapnya suspek-suspek ini.

Bagi membantu siasatan, polis telah menahan reman ketiga-tiga remaja itu sehingga 15 April ini selama lima hari bermula semalam.

Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber: Malaysia Gazette 

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |