Iftar Ramadan 2026 Dataran Merdeka

Acara berbuka puasa atau iftar secara beramai-ramai sememangnya menjadi aktiviti kegemaran dan wajib dilakukan oleh rakyat Malaysia ketika bulan Ramadan kerana ramai yang mahu merasai sendiri kemeriahan berbuka puasa bersama-sama rakan dan keluarga.

Oleh itu, tidak hairanlah masjid dan dataran seperti Dataran Merdeka dan Dataran Perbadanan Putrajaya sering menjadi lokasi pilihan untuk orang ramai berbuka puasa beramai-ramai.

Semalam, suasana di Dataran Merdeka cukup meriah apabila dibanjiri lebih 5,000 orang pengunjung berbilang bangsa ketika Majlis Iftar Ramadan 2026 kali ke-14 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Kemeriahan acara iftar itu telah dikongsikan oleh Jabatan Perdana Menteri menerusi Facebook.

Iftar Ramadan Dataran Merdeka

Artikel Berkaitan: DBKL Sita Gerai Di Sekitar Dataran Merdeka, Minta Pengunjung Berhenti Beli Dari Penjaja Haram

Artikel berkaitan: “Mula-mula jual air je…” – Tular Deretan Gerai Di Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Netizen Minta DBKL Bertindak

Difahamkan, program tersebut bukan hanya menganjurkan acara berbuka buasa, malah bubur lambuk percuma turut diedar kepada pengunjung dan tadarus Al-Quran serta tazkirah Ramadan juga diadakan.

Jangan risau jika anda terlepas peluang untuk sertai Iftar Ramadan 2026 ini semalam pada 28 Februari kerana menurut Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, acara iftar beramai-ramai di Dataran Merdeka ini akan berlangsung juga pada petang ini iaitu pada 1 Mac serta 14 dan 15 Mac 2026 ini.

Acara bermula jam 6 petang dan dijangka akan menghimpunkan warga kota dan pelancong dalam suasana berbuka puasa yang meriah.

Dbkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.