Bila bercuti, bukan hanya tempat cantik yang wajib masuk dalam senarai, tapi juga lokasi yang menyimpan sejarah dan cerita tersendiri. Mana tahu, di sebalik setiap tempat yang dikunjungi ada kisah menarik yang boleh menambah ilmu serta pengalaman kita.
Bercakap mengenai percutian, tular sebuah video di TikTok yang dikongsi oleh seorang lelaki memaparkan pengalamannya ketika mengunjungi sebuah hutan yang cukup terkenal di Jepun.
Namun, hutan yang dilawatinya bukanlah sekadar lokasi untuk menikmati keindahan alam atau mencari ketenangan, sebaliknya ia merupakan Hutan Aokigahara yang juga digelar sebagai ‘Suicide Forest’.
Artikel berkaitan: TikToker Ditemui Lemah Lepas Hilang 2 Hari Lepas Buat Live Aktiviti Paranormal
Artikel berkaitan: “Ingat kotak sampah…” – Tuan Rumah Jumpa Bagasi Berbau Busuk, Rupanya Ada M*yat Wanita Di Dalam!
Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat melakukan trip secara persendirian ke lokasi berkenaan. Menurutnya, beberapa individu sempat menasihatinya agar tidak berjalan di dalam hutan itu seorang diri. Namun, memandangkan dia ketika itu sedang melakukan solo trip, dia tetap meneruskan perjalanannya.
@itsruzaimiExploring Aokigahara Forest, Japan 🇯🇵 (The Suicide Forest)♬ original sound – Explore with ZaiPada permulaan video, lelaki itu menunjukkan sebuah papan tanda yang berada di pintu masuk Hutan Aokigahara. Notis yang ditulis dalam bahasa Jepun itu dipercayai ditujukan kepada individu yang mempunyai niat untuk membunuh diri, agar mempertimbangkan semula tindakan mereka atau atau menghubungi talian bantuan yang tertera.
Selepas itu, lelaki tersebut mula meneruskan perjalanannya masuk ke dalam hutan berkenaan. Namun, rakaman yang diambilnya mula mencuri perhatian netizen apabila pada minit ke-1.34, beberapa individu mendakwa terlihat satu kelibat berwarna putih berdiri jauh di belakang lelaki tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, selepas beberapa netizen meninggalkan komen mengenai kelibat misteri dalam rakaman tersebut, lelaki itu mendakwa dia langsung tidak menyedari kewujudan kelibat berkenaan ketika berada di lokasi.

Lelaki itu turut menunjukkan beberapa buah khemah yang masih kelihatan di dalam hutan tersebut, dipercayai ditinggalkan oleh individu yang pernah berada di kawasan berkenaan. Selain itu, dia juga menemui beberapa surat yang ditinggalkan sebagai catatan terakhir oleh individu terbabit.

Selain itu, lelaki itu turut mengatakan bahawa sepanjang meneroka hutan tersebut, dia tidak terserempak dengan mana-mana haiwan mahupun mendengar kicauan unggas seperti di hutan biasa.
“Hakikat bahawa tiada haiwan seperti saya tidak mendengar bunyi burung walaupun serangga. Saya tidak nampak serangga di sini. Itulah yang membuatkan tempat ini agak menyeramkan,”– katanya
Kesunyian yang menyelubungi kawasan itu membuatkan suasana terasa semakin meremang, lebih-lebih lagi apabila dia berasa seperti ada sesuatu yang sentiasa memerhatikannya.
Di akhir video, lelaki itu terserempak dengan sepasang penduduk tempatan yang juga melawat kawasan tersebut. Katanya, keramaian penduduk tempatan membawa seakan loceng kecil bersama sebagai azimat pelindung ketika berada di hutan tersebut.

18 hours ago
12






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















