Diberhentikan Kerja, ‘Career Break’ Bertahun-Tahun Tak Halang Dua Individu Ini Kembali Cari Peluang

20 hours ago 20

Festival Mega iLINDUNGu kini kembali menemui orang ramai dengan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan, termasuk peluang buat mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara, antara yang menjadi tumpuan adalah Karnival LINDUNG Kerjaya oleh MYFutureJobs yang menghimpunkan 25 majikan dengan lebih 2,000 kekosongan jawatan untuk diisi.

Di sebalik ribuan peluang yang ditawarkan, kami sempat bertemu dua pencari kerja yang berkongsi perjalanan masing-masing untuk kembali membina kerjaya.

Selain perlu bersaing dengan calon lain, ada juga yang perlu berdepan cabaran untuk kembali menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan selepas lama meninggalkannya.

Namun bagi Saiful Bakhtiar, 41, dan Norleha Ahmad, 44, pengalaman berbeza yang dilalui tidak menghalang mereka untuk terus mencuba dan mencari peluang menerusi MYFutureJobs.

Pernah diberhentikan kerja, terus cuba cari peluang baharu

Img 4343

Bagi Saiful yang mempunyai pengalaman dalam bidang akaun dan kewangan, dia pernah bekerja dalam sektor minyak dan gas sebelum diberhentikan kerja pada 2021.

Selepas kehilangan pekerjaan, Saiful kemudiannya berjaya mendapatkan pekerjaan menerusi karnival MYFutureJobs.

“Sebelum ini saya bekerja dalam bidang oil and gas. Pada 2021 saya retrenched daripada oil and gas, kemudian selepas saya kena retrench, saya dapat pekerjaan melalui karnival MYFutureJobs.”

Menurutnya, MYFutureJobs bukan sahaja membuka ruang untuknya mendapatkan pekerjaan, malah membantunya memperoleh lebih banyak pengetahuan mengenai pasaran kerja semasa.

EIS PERKESO bantu ketika kehilangan pekerjaan

Aql00612 Scaled

Pengalaman kehilangan pekerjaan turut membuatkan Saiful lebih menghargai sokongan yang tersedia menerusi PERKESO, termasuk Sistem Insurans Pekerjaan (EIS).

Baginya, manfaat tersebut mungkin tidak begitu dirasai ketika seseorang masih mempunyai pekerjaan, namun kepentingannya menjadi lebih jelas apabila berdepan situasi kehilangan kerja.

“Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya PERKESO banyak membantu apabila kita kehilangan kerja, macam EIS sebenarnya membantu saya dalam tempoh mencari kerja.”

MYFutureJobs bantu wanita kembali bekerja selepas ‘career break’

Img 4337

Sementara itu, Norleha mempunyai pengalaman yang sedikit berbeza.

Selepas melalui career break untuk tempoh yang lama, dia mengambil keputusan untuk mencuba nasib mendapatkan pekerjaan menerusi MYFutureJobs sejak tahun lalu.

“Selepas career break, saya mencuba nasib untuk mendapatkan pekerjaan melalui MYFutureJobs tahun lalu.”

Menurut Norleha, platform tersebut banyak membantu golongan wanita sepertinya yang mahu kembali membina kerjaya selepas lama meninggalkan dunia pekerjaan.

“MYFutureJobs ini sangat-sangat membantu terutama kepada wanita yang mencari pekerjaan setelah mengalami career break dalam tempoh yang lama.”

Malah, Norleha pernah menghadiri karnival pekerjaan MYFutureJobs pada tahun lalu dan menerima beberapa panggilan untuk menghadiri temu duga selepas itu.

Pengalaman tersebut membuatkannya lebih yakin untuk terus mencari peluang pekerjaan menerusi platform berkenaan.

Bukan sekadar hantar resume, boleh jumpa majikan secara terus

Second

Bagi Norleha, antara kelebihan menghadiri karnival pekerjaan secara fizikal adalah peluang untuk bertemu sendiri dengan majikan.

Berbanding sekadar menghantar resume secara dalam talian dan menunggu maklum balas, pertemuan secara bersemuka memberi ruang kepada majikan untuk mengenali calon dengan lebih dekat.

“Saya lebih percayakan platform ini untuk memudahkan majikan screen test kita pada hari ini supaya mereka tahu sama ada kita ini fit atau tidak dengan jawatan yang mereka iklankan.”

Pengalaman Saiful dan Norleha menunjukkan bahawa perjalanan untuk kembali mendapatkan pekerjaan mungkin berbeza bagi setiap individu.

Ada yang perlu bermula semula selepas kehilangan pekerjaan, manakala ada juga yang perlu membina kembali keyakinan selepas lama berehat daripada kerjaya.

Lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan

Arch Scaled

Saiful dan Norleha merupakan antara pencari kerja yang mengambil peluang menghadiri Karnival LINDUNG Kerjaya anjuran MYFutureJobs sempena Festival Mega iLINDUNGu.

Sebanyak 25 majikan menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan, selain bimbingan resume dan peluang padanan pekerjaan kepada pencari kerja.

Kalau korang tengah mencari kerja atau mahu kembali ke alam pekerjaan, Festival Mega iLINDUNGu berlangsung sehingga 20 September, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Strand Mall, Kota Damansara.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |