Proton e.MAS kembali menganjurkan The Real e.MAS Drive 2026 dengan tema “Zoom to Bloom” sempena Bulan Kesihatan Wanita, sekali gus menggabungkan pengalaman pemanduan EV, kesihatan dan gaya hidup dalam satu program santai di Sentosa Janda Baik.
Program itu memberi peluang kepada peserta wanita merasai sendiri pengalaman memandu Proton e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV termasuk demonstrasi pengecasan pantas yang menunjukkan bagaimana penggunaan EV boleh disesuaikan dengan rutin harian.

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Pn. Salawati Binti Mohd Yusoff, penganjuran semula program itu mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap EV dalam kalangan wanita Malaysia.
Artikel berkaitan: Proton e.MAS 7 PHEV Tiba Dengan Teknologi EM-i, Harga Bermula RM109,800!
Artikel berkaitan: Proton e.MAS 5 : EV Mampu Milik Malaysia Bermula Dari RM59,800!
“Kami ingin mewujudkan pengalaman yang bukan sahaja mempamerkan kenderaan kami, tetapi juga menggalakkan wanita meluangkan masa berehat dan mengutamakan kesihatan diri mereka,” katanya.
Peserta turut diperkenalkan dengan Proton e.MAS 5 warna baharu Jade Green yang diinspirasikan daripada trend “matcha” dan mendapat perhatian ramai pemandu wanita.

Antara ciri utama Proton e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV termasuk:
- Paparan infotainmen 15.4 inci beresolusi 2.5K
- Sistem keselamatan ADAS Tahap 2
- Pengecasan pantas DC 100kW
- Cas 30% ke 80% dalam sekitar 20 minit
- Jarak pemanduan e.MAS 7 PHEV melebihi 1,000km
- Penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km

Dari segi harga, Proton e.MAS 7 ditawarkan bermula RM99,800 manakala e.MAS 7 PHEV Prime bermula RM105,800 termasuk rebat Welcome Benefit sebanyak RM4,000.

Sehingga kini, lebih 20,000 kenderaan Proton e.MAS berada di jalan raya dalam tempoh lebih setahun sejak model pertamanya diperkenalkan.

15 hours ago
10






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















