Bank Rakyat Ft 3

Seorang guru dari Johor Bahru, Low Hui Yong, 58, diumumkan sebagai pemenang hadiah utama RM1 juta menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus dalam Majlis Raikan Jutaan Ganjaran Bank Rakyat yang berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan beliau jutawan keempat yang dilahirkan menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus sejak diperkenalkan pada tahun 2022.

Bank Rakyat 1

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff berkata sambutan terhadap produk pelaburan itu terus meningkat sejak dilancarkan empat tahun lalu.

“Pencapaian ini adalah simbol keyakinan pelanggan terhadap produk pelaburan Bank Rakyat. Ia juga membuktikan bahawa perancangan kewangan yang bijak dan pelaburan berdisiplin mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan cabutan jutawan seterusnya akan berlangsung pada Julai 2026.

Artikel berkaitan: “Satu pencapaian yang cukup membanggakan” – Bank Rakyat Umum Dividen Tertinggi Dalam 10 Tahun

Artikel berkaitan: Bank Rakyat Perkenal Ar-Rahnu Digital, Gadai Emas Kini Boleh Buat ‘Online’

Ganjaran Cecah RM10.8 Juta

Cabutan berkenaan merupakan sebahagian daripada struktur ganjaran baharu Akaun Pelaburan-i Rizq Plus 2026 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM10.8 juta serta melahirkan seorang jutawan pada setiap suku tahunan.

Selain hadiah utama RM1 juta, beberapa pemenang lain turut diraikan:

  • Fifi Ann Madawan dari Kelana Jaya – Cabutan Bulanan RM20,000
  • Nafizah Ahmad Mokhtar dari Bangsar – eGold bernilai RM15,000 bagi kategori 50 Plus Draw

Bank Rakyat 2

Menang Kereta Elektrik & Pakej Percutian

Dalam majlis sama, Bank Rakyat turut meraikan pemenang Kempen “We’ll Take You There” melibatkan produk Kad Kredit-i, Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Kenderaan-i dengan hadiah keseluruhan RM330,000.

Antara pemenangnya ialah: 

  • Izwan Idris dari Pahang – kereta elektrik MG S5 (Hadiah Utama) 
  • Muhammad Jamil Abas dari Sarawak – pakej kelengkapan rumah bernilai RM30,000
  • Anis Suraya Che Ab Kadir dari Pahang – pakej percutian ke Norway bernilai RM20,000

Screenshot 2026 05 25 At 3.23.36 Pm

Sementara itu, Mohd Azri Arifin dari Kelantan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Kempen Pembiayaan Khas untuk Sektor Awam yang menawarkan kereta elektrik Proton e.MAS 5.

Screenshot 2026 05 25 At 3.27.28 Pm

Sumber: Bank Rakyat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.