Pempengaruh dan usahawan Siti Jamumall tidak dapat menahan sebak apabila dia kini berdepan bebanan hutang mencecah hampir RM3 juta.
Pendedahan itu dibuat menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Siti mendakwa sebahagian hutang yang ditanggung itu perlu diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Menurut Siti, antara hutang yang perlu dilangsaikan seawal Jumaat ini adalah tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan pekerja syarikatnya.
“Saya perlu menanggung semuanya (hutang). Total round out lebih kurang 3 juta saya kena selesaikan. Paling terdekat, hari Jumaat ini saya kena selesaikan KWSP pekerja.
“KWSP ada dua kes. Satu itu RM119,000. Lagi satu RM149,000. Ada dua, yang satu itu dia dah masuk ke notis kebankrapan. Dah tertunggak tiga bulan, tak boleh nak bayar,” katanya.
Artikel berkaitan: Isu Hutang: Abang Siti Jamumall Dakwa Belum Tahu Azar Azmi Dapat Wang Sebelum Buat Tuntutan
Artikel berkaitan: “Sampai termuntah” – Dato Vida Rawat Siti Jamumall Guna Ayat Al-Quran
Dakwa beri kepercayaan kepada orang luar punca bisnes drop
Memetik sumber portal, Siti mendakwa keputusan mereka yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada pihak lain menyebabkan mereka terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak.
Katanya, segalanya bermula selepas syarikat yang diusahakan mengalami kemerosotan sekitar tahun 2023 dan 2024.
“2023, 2024, bisnes saya drop, sebab apa? Kepercayaan. Saya bagi kepercayaan pada orang luar untuk urus company saya. Sekarang, saya terpaksa menanggung segala masalah yang ada.
“Saya tak tahu siapa yang menyeleweng duit ke apa semua itu, yang pecah amanah dalam syarikat, saya tak tahu. Dan saya terpaksa tanggungjawab sebab syarikat ini ada nama saya juga,” ujarnya.
Meluahkan masalah yang dihadapi, Siti memohon maaf dan bertekad untuk memikul tanggungjawab itu dan menyelesaikan segala hutang yang ada.

10 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















