Syaz Ft 2026 07 31T142430.350

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menanggalkan capal ketika naik ke atas pentas dalam satu majlis baru-baru ini mencuri perhatian netizen dan meraih pujian ramai.

Menerusi perkongsian pelakon dan pelawak Azrul Zaidi, video berkenaan menampilkan PMX yang berbusana tradisi berada di rostrum pentas tanpa memakai sebarang alas kaki dan dapat dilihat capalnya ditinggalkan di tepi pentas.

Artikel berkaitan: Gara-gara Kenyataan PMX Isu Israel, Ahli Kongres AS Desak Gantung Bantuan Ketenteraan Ke Malaysia

Artikel berkaitan: Hargai Pemberian Duit Raya, 2 Beradik Cilik Dapat ‘Balasan’ Yang Tak Dijangka Dari PMX

Hormati Kumpulan Qasidah

Menguraikan persoalan utama di sebalik tindakan tersebut, pemilik hantaran berkenaan menjelaskan bahawa PMX berbuat demikian atas dasar adab dan menghormati tetamu serta pengisi acara yang berada di atas pentas.

“Sebab kat atas pentas ada kumpulan qasidah yang duduk, adab didahulukan, contoh yang perlu diikut,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi hashtag yang digunakan dalam hantaran berkenaan, kejadian tersebut dipercayai berlaku dalam sebuah acara keagamaan di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah Berselawat.

Tindakan ringkas namun bermakna itu mendapat reaksi positif daripada warganet. Rata-rata menyifatkan pemikiran dan tindakan PMX itu menggambarkan sikap seorang pemimpin yang mengutamakan adab, terutamanya apabila melibatkan majlis ilmu, keagamaan, serta menghormati orang lain yang sedang bersila atau duduk di atas lantai pentas.

1 4

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.