Tular beberapa dakwaan mengatakan bahawa seorang pengawal keselamatan yang terlibat dalam insiden cubaan rompakan van keselamatan di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Isnin lalu dilaporkan meninggal dunia.
Bagaimanapun, dakwaan terbabit tidak benar, sebaliknya individu yang meninggal dunia itu ialah pemandu van yang bertugas ketika itu. Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh ahli keluarga Allahyarham.
Menurut laporan, kakak kepada Allahyarham yang menggunakan akaun TikTok @deenadurrah, mengesahkan adiknya, Muhammad Mujahid Semsuddin, 42, telah meninggal dunia selepas insiden berkenaan.
Katanya, pengawal bersenjata yang dilihat berdepan dengan suspek dalam rakaman video tular berkenaan masih hidup.
“Adik saya yang meninggal dunia ialah pemandu van. Pak cik pengawal bersenjata yang berada dalam video bersama perompak itu masih hidup.
“Adik saya meninggal dunia akibat serangan jantung dan sudah selamat dikebumikan di kampung kami di Tanah Merah, Kelantan, semalam,” katanya.

Artikel berkaitan: “Takde tempat lain kot” – Lelaki Diberkas Lepas Cuba Rompak Bank Sama 2 Hari Berturut
Artikel berkaitan: ‘Aim’ Nak Rompak Wanita , Rupa-rupanya Mangsa Ada ‘Martial Art’
Allahyarham dilaporkan berada di tempat pemandu ketika van keselamatan itu menjadi sasaran penjenayah dalam kejadian cubaan rompakan di Klang.
Dalam kejadian itu, suspek dilaporkan gagal melarikan wang tunai berjumlah RM82,000 selepas seorang pekerja bertindak pantas menutup pintu van berkenaan.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis atau syarikat keselamatan berhubung punca sebenar kematian Allahyarham, termasuk dakwaan yang tular bahawa beliau meninggal dunia ketika membantu siasatan.

8 hours ago
15































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















