Aisyah Hijanah Kesilapan Buku Ayat Al Quran

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya susulan tular mengenai buku dakwah terbitannya didakwa berlaku kesalahan potongan ayat Al-Quran yang boleh mengelirukan pembaca.

Menerusi perkongsian tular itu, kesalahan yang ditemui bukan sekadar melibatkan kesilapan baris atau tanda bacaan, sebaliknya didakwa tiada ayat seperti yang tertera dalam kitab suci Al-Quran.

Screenshot 2026 06 26 143413

729660721 18102392336013373 7884267204378080109 N 728231289 18102392330013373 2801381720948778179 N 729973719 18102392345013373 9015188729733585423 N

Artikel berkaitan: Sanggup Tulis Novel ‘Spicy’ Demi Populariti? Ini Respons Padu Barisan Penulis Tempatan Di PBKL26!

Artikel berkaitan: Isu Lambakan Ebook ‘P*rn’ Melayu Makin Menjadi-Jadi, Keluarga Risau Senang Dibeli Golongan Bawah Umur

Aisyah Hijanah akui kesilapan

Ekoran isu tersebut, Aisyah dalam satu kenyataan rasmi mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan itu.

Jelasnya, naskhah terbabit sebenarnya adalah hasil penulisan bersama seorang ghostwriter. Namun, Aisyah menegaskan bahawa semakan yang lebih teliti sepatutnya dilakukan sebelum karya tersebut diterbitkan, terutamanya apabila ia melibatkan ayat suci al-Quran.

“Sepatutnya dengan membawa imej figura Islamik, Aisyah perlu lebih berhati-hati dalam setiap yang dibawa kepada pembacaan mahupun penggunaan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, Aisyah menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan memilih untuk tidak menuding jari atau meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak lain.

“Aisyah mengambil iktibar daripada hal ini & bertindak yang sewajarnya agar kesilapan tersebut boleh diperbaiki dengan baik.

“Terima kasih di atas teguran & permohonan penambahbaikan daripada pihak Aisyah. Semoga hal ini tidak akan berulang lagi mahupun dari sudut naskah pembacaan, video dan penulisan di media sosial,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, Aisyah memaklumkan pihaknya telah mengambil langkah segera termasuklah menghentikan sementara jualan semua buku di bawah penerbitannya serta menarik semula naskhah terbabit daripada semua platform jualan.

Menurut Aisyah, pihaknya telah menyediakan versi yang dikemaskini dalam bentuk digital kepada pembaca yang menginginkan naskhah terbabit.

Sumber: Instagram, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.