Wanita Ucap Terima Kasih Kepada Ustaz

Seorang ustaz dan juga imam solat tarawih di Masjid Nurul Hidayah di Batu Berendam, Melaka telah menerima sehelai nota daripada seorang wanita baru-baru ini.

Nota kuning yang diterima oleh imam tarawih, Mohd Najib Khasim yang berusia 50 tahun itu berjaya menjentik hati ramai warganet kerana ia merupakan nota tulisan tangan seorang wanita yang mengucapkan terima kasih kepada imam berkenaan berkaitan perubahan positif sikap anaknya yang selalu hadir ke masjid itu pada bulan Ramadan ini.

Dalam nota kuning itu, wanita tersebut mengatakan anaknya kini seronok ke masjid dan ikhlas mahu hadir ke rumah Allah itu meskipun tahun lepas, anaknya rajin ke masjid kerana mahu mengumpul duit raya.

Artikel Berkaitan: Boleh Ajak Bestie Ibadah Sekali! Ini Senarai Masjid Yang Mesra Muslimat Untuk Beriktikaf Tahun Ini

Artikel Berkaitan: Viral Masjid At-Taqwa Didakwa Diboikot, Pihak Masjid Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Lepas dengar tazkirah, alhamdulllah, anak saya lembut hati. Fokus dia dengar setiap hari,” tulis wanita tersebut.

Dalam nota tersebut juga, si ibu berkenaan turut meminta imam tarawih itu untuk mendoakan anaknya agar menjadi anak yang soleh.

Difahamkan, wanita tersebut juga turut memberi kuih raya kepada ustaz tersebut sebagai tanda penghargaan dan berkongsi rezeki.

Menurut Kosmo, Ustaz Mohd Najib ini telah lebih 10 tahun memimpin solat tarawih di masjid tersebut dan menurut beliau, nota tersebut telah menjadi kenangan dan hadiah yang bermakna kepada beliau.

Meninjau ke ruangan komen di Threads, ramai warganet yang pernah mendengar kuliah agama daripada Ustaz Najib turut memuji cara penyampaian beliau yang jelas dan tidak membosankan.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.