Anggotap Polis Melancong China Polis Buka Kertas Siasatan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan siasatan terhadap seorang anggotanya yang didakwa menghina penduduk setempat ketika berada di luar negara, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan siasatan bukan sahaja tertumpu kepada pelanggaran tatatertib, malah turut meliputi sebarang kemungkinan kesalahan di bawah undang-undang sekiranya terdapat unsur berkenaan.

“Kita telah menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggota yang berkenaan. Bukan sahaja daripada sudut tatatertib, jika ada kesalahan yang melanggar undang-undang, saya akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan semua pegawai dan anggota PDRM supaya sentiasa menjaga tatasusila, disiplin serta imej pasukan, sama ada ketika bertugas di dalam mahupun di luar negara.

“Sebagai anggota beruniform, kita terikat dengan peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pasukan. Kita perlu menjaga tata laku pada setiap masa, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga ketika berada di luar negara,” katanya.

Artikel berkaitan: “Jejaskan nama baik saya” – Wanita Tular Melancong Di China Mahu Ambil Tindakan Undang-undang

Artikel berkaitan: “Baru dia tahu wanita Malaysia macam mana” – Tindakan Wanita Ini Bongkar Taktik Licik Peniaga Buat Ramai Puas Hati

Mengulas lanjut, pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan secara adil dan telus sebelum sebarang keputusan atau tindakan lanjut diambil terhadap anggota terbabit.

“Kita akan memberi keadilan yang sewajarnya dan siasatan dijalankan mengikut SOP serta undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Baru-baru ini, tular mengenai seorang pelancong Malaysia di China didakwa memaparkan tingkah laku seperti tidak menghormati masyarakat tempatan.

Insiden itu turut mendapat liputan meluas media luar negara, sekali gus mengundang kemarahan orang ramai, termasuk rakyat tempatan.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.