Pmx Ft

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Setiausaha Agung Rabithah al-Alam al-Islami, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim Alissa di Putrajaya bagi membincangkan perkembangan dunia Islam serta usaha memperkukuh persefahaman antara agama.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau menghargai peranan aktif Rabithah al-Alam al-Islami dalam mempromosikan kesederhanaan, keamanan dan kerjasama antara agama ketika dunia berdepan pelbagai konflik serta ketegangan.

Pmx 1

Menurut beliau, pertemuan itu turut menyentuh usaha memperkasa umat Islam menerusi pendidikan, pembangunan ekonomi, penguasaan sains dan teknologi selain mengangkat nilai keadilan, ihsan serta kemanusiaan sejagat.

Pmx 3

Artikel berkaitan: Hargai Pemberian Duit Raya, 2 Beradik Cilik Dapat ‘Balasan’ Yang Tak Dijangka Dari PMX

Artikel berkaitan: Hanya Di Sebalik Pagar Airport, Gelagat Dua Beradik Ini Beri Duit Raya Pada PMX Buat Netizen Terharu

“Kami juga sepakat, masa depan lebih aman dan stabil hanya dapat dibina melalui dialog berterusan, sikap saling menghormati serta keterbukaan dalam menjalin hubungan lebih erat antara masyarakat dan penganut pelbagai agama di seluruh dunia,” katanya.

Pmx 5

Dalam masa sama, Mohammad turut berkongsi pandangan mengenai peranan Malaysia dalam memperkukuh hubungan antara dunia Islam dan masyarakat antarabangsa termasuk membina jambatan persefahaman antara Timur dan Barat.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.