Ada sahaja kisah menarik sepanjang Piala Dunia FIFA 2026 ini berlangsung. Ada yang mencuit hati, ada yang mencetuskan kontroversi, dan tak kurang juga detik-detik yang menyentuh hati peminat bola sepak di seluruh dunia.
Terbaharu, bintang pertahanan Maghribi, Noussair Mazraoui, telah mencuri perhatian ramai apabila dilihat dalam satu video tular bersama pemain muda negara itu, Gessime Yassine, selepas aksi cemerlang dalam perlawanan semalam bersama skuad Atlas Lions.
Dalam perlawanan Kumpulan C Piala Dunia 2026 tersebut, Gessime Yassine berjaya menjaringkan satu gol penting yang membantu Maghribi mencatat kemenangan 4-2 ke atas Haiti, sekali gus menjadikan mereka naib juara kumpulan dan layak ke pusingan kalah mati.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai bukan sekadar jaringan tersebut, tetapi detik selepas perlawanan yang tular di media sosial.
Artikel berkaitan: “90% operated by students” – Pelajar SMK Derma Buat ‘Live Stream’ Kejohanan Bola Sepak Terima Pujian Netizen
Artikel berkaitan: “Bukan sebab dibelasah 7-1…” – Jurulatih Curacao Menangis Ketika Lawan Jerman Di Piala Dunia 2026
Menerusi video tular itu, Mazraoui dilihat meghampiri Yassine, dipercayai menasihatinya untuk menunaikan solat dua rakaat selepas menjaringkan gol buat skuad Atlas Lions sebagai tanda bersyukur.
“Kamu pulang ke rumah, ambil wuduk dan tunaikan solat dua rakaat. Dan kamu perlu berterima kasih kepada Allah,” katanya.
🇲🇦 After scoring his first World Cup goal, Noussair Mazraoui advises Gessime Yassine to go home and pray to thank God
“You’re going to go home, perform your ablutions, and pray two rak’ahs. And you’ll thank Allah”pic.twitter.com/dxZsFrikNC
— Muslim (@Muslim) June 25, 2026
Bahkan, ketika Soufiane Rahimi memberi satu lagi mata untuk pasukan mereka, Mazraoui terus mendekatinya dan mengingatkan pemain itu melakukan sujud syukur.
Tindakan Mazraoui ini menjadi bualan dan selari dengan imejnya yang dikenali sebagai seorang pemain yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.
Sumber: X

14 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















