Kpkm Ft 2

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan ternakan korban sempena Hari Raya Aidiladha 2026 mencukupi bagi memenuhi permintaan di seluruh negara.

Selain bekalan ternakan, aspek kesiapsiagaan operasi turut diperkukuh dengan 27 rumah sembelih milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di seluruh Semenanjung Malaysia kini bersedia untuk operasi korban Aidiladha tahun ini selain 43 rumah sembelih swasta yang telah diberikan lesen bagi menawarkan perkhidmatan penyembelihan yang sah kepada masyarakat.

Kpkm Pfp

Berdasarkan data DVS sehingga April 2026, jumlah bekalan lembu dan kerbau mencecah 51,972 ekor, melibatkan:

  • 35,127 ekor ternakan tempatan
  • 16,845 ekor ternakan import

Kpkm 1

Jumlah itu melebihi anggaran keperluan semasa iaitu sekitar 40,420 ekor.

Bagi kambing dan bebiri pula, bekalan keseluruhan direkodkan sebanyak 30,047 ekor terdiri daripada:

  • 25,815 ekor ternakan tempatan
  • 4,232 ekor ternakan import

Kpkt 2

Angka itu turut melebihi unjuran permintaan korban sebanyak 22,424 ekor.

Artikel berkaitan:  Malaysia Jemput Turkmenistan Sertai MAHA, Potensi Luaskan Kerjasama

Artikel berkaitan: Dunia Agro+ Jambatan Produk Segar Tempatan ke Pasaran Luar Bandar & Bandar

KPKM turut mengingatkan pihak yang ingin menjalankan penyembelihan di luar rumah sembelih seperti di masjid, surau, sekolah atau kawasan perumahan supaya mendapatkan permit penyembelihan luar terlebih dahulu.

Orang ramai juga disaran merujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban yang dikeluarkan DVS bagi memastikan proses ibadah korban berjalan lancar dan mematuhi prosedur ditetapkan.

Sumber: KPKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.