“Berbuka harini pukul berapa?” – 7-Eleven Tukar Logo Ikonik Jadi Jam Iftar Sempena Ramadan

7 hours ago 5

Setiap kali bulan Ramadan tiba, ada satu persoalan yang sering ditanya oleh rakyat Malaysia setiap hari “Harini berbuka pukul berapa?”

Sama ada keluarga yang sedang memasak di dapur, pekerja yang masih ada pejabat atau pelajar yang sedang menunggu masa untuk berbuka, semua menanti detik yang sama.

Disebabkan ini, 7-Eleven Malaysia telah tampil dengan idea yang sangat kreatif dan relatable untuk rakyat Malaysia tahun ini…

Logo 7-Eleven bertukar jadi waktu berbuka!

646197500 1353263226840733 4111517522639987248 N

Sempena Ramadan, 7-Eleven akan mengubah logo ikonik mereka menjadi paparan waktu iftar. Ini sekaligus menjadikan jenama ini sebagai “jam” mengingatkan orang ramai bila tiba masa untuk berbuka puasa.

Maknanya, bila korang nampak logo 7-Eleven di media sosial atau papan iklan digital, bukan sahaja korang nampak jenama… tapi juga waktu yang tepat untuk berbuka puasa pada hari tersebut.

Secara ringkasnya, selepas ini 7-Eleven bukan lagi hanya sekadar kedai serbaneka, tapi juga penunjuk masa yang ditunggu-tunggu ramai.

Soalan yang dicari oleh jutaan rakyat Malaysia

Sepanjang Ramadan, jutaan rakyat Malaysia akan membuat carian yang sama setiap hari: “Waktu berbuka hari ini pukul berapa?”

Daripada sekadar mengiklankan produk sekitar waktu tersebut, 7-Eleven mengambil pendekatan berbeza apabila mereka menjadi sebahagian daripada detik itu sendiri.

Dengan menukar logo kepada waktu iftar, jenama ini secara tidak langsung menjadi peringatan visual kepada detik yang paling dinantikan oleh umat Islam sepanjang berpuasa.

Bakal muncul di seluruh negara

Untuk pengetahuan korang, kempen kreatif ini akan dipaparkan secara meluas di seluruh negara, termasuk:

  • Media sosial rasmi 7-Eleven
  • Papan iklan digital
  • Paparan digital lain di lokasi terpilih

Jadi, dekat mana sahaja korang berada sepanjang Ramadan ni, kalau korang nampak logo 7-Eleven, besar kemungkinan ia akan menunjukkan waktu berbuka puasa.

Idea simple, tapi dekat dengan rakyat Malaysia

Kadang-kadang, idea yang simple macam ni lah yang paling menjadi.

Dengan menukar fungsi logo mereka, 7-Eleven berjaya mengaitkan jenama mereka dengan satu momen yang sangat bermakna untuk rakyat Malaysia.

Lepas ni, kalau ada orang tanya, “Eh harini berbuka pukul berapa?”, mungkin ramai yang akan jawab, “Tengok je 7-Eleven.”

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |