Kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan beberapa langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan krisis tenaga susulan kenaikan harga minyak dunia, termasuk pelaksanaan pengaturan bekerja dari rumah (WFH) untuk mengurangkan penggunaan bahan api.
Presiden Prabowo Subianto berkata pendekatan tersebut pernah digunakan secara meluas semasa pandemik COVID-19 dan terbukti membantu mengurangkan pergerakan serta penggunaan tenaga di banyak negara.

Beliau memaklumkan kerajaan telah mengarahkan pegawai berkaitan supaya meneliti kemungkinan melaksanakan langkah itu dalam masa terdekat sebagai sebahagian usaha meningkatkan kecekapan serta menjimatkan penggunaan bahan api.
Menurut Prabowo, kerajaan turut memantau rapat perkembangan global khususnya di Eropah dan Asia Barat kerana ketegangan geopolitik di rantau berkenaan berpotensi mempengaruhi harga tenaga dunia, sekali gus memberi kesan kepada kos sara hidup termasuk harga makanan.
Gambar hiasanSelain itu, beliau menegaskan kepentingan disiplin fiskal dalam memastikan kestabilan ekonomi negara, sambil menyatakan harapan agar kerajaan dapat mengawal defisit belanjawan dan pada masa sama memperkukuh rizab bahan api bagi menghadapi sebarang gangguan bekalan pada masa hadapan.
Sumber: Astro Awani

15 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















