Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) kini giat menggalakkan rakyat Malaysia untuk beralih kepada Skim Time of Use (ToU) dalam mendepani ketidaktentuan harga tenaga global.
Langkah ini bukan sahaja bertujuan menyokong agenda kecekapan tenaga negara, malah bertindak sebagai solusi praktikal untuk mengurangkan beban kos sara hidup melalui penjimatan bil bulanan.

Apa Itu Skim ToU?
Secara ringkasnya, Skim ToU menawarkan struktur tarif yang fleksibel mengikut waktu penggunaan:
- Waktu Puncak (2.00 petang – 10.00 malam): Permintaan elektrik adalah tinggi pada waktu ini (hari bekerja), maka kadar tarif juga lebih mahal.
- Waktu Luar Puncak (Malam, Hujung Minggu & Cuti Umum): Permintaan elektrik lebih rendah, sekaligus menawarkan kadar tarif yang lebih murah kepada pengguna.
Artikel berkaitan : Ketahui Cara Jana Pendapatan & Jimat Elektrik dengan Skim Solar ATAP Baharu
Artikel berkaitan : Tarif Elektrik Baharu Sebabkan Bil Mahal? Ini Apa Yang Korang Boleh Jangka
Menurut PETRA, pengguna boleh mengoptimumkan bil mereka dengan mengalihkan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga ke waktu luar puncak. Antara aktiviti yang dicadangkan termasuklah:
- Menggunakan penyaman udara (aircond) pada waktu malam.
- Menggunakan mesin basuh dan pemanas air.
- Melakukan pengecasan kenderaan elektrik (EV).
Kesedaran Rakyat Semakin Meningkat
Sehingga Februari 2026, statistik menunjukkan seramai 128,868 pengguna telah berjaya beralih ke skim ini.
Peningkatan ini membuktikan rakyat mula sedar akan kepentingan pengurusan tenaga yang lebih efisien bagi mengawal perbelanjaan isi rumah.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta kemampanan sumber alam.
Dengan penggunaan tenaga yang berhemah, kita bukan sahaja membantu ekonomi sendiri, malah menyumbang kepada pembangunan negara yang seimbang untuk generasi akan datang.
Sumber : PETRA

17 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















