Tindakan menunjuk-nunjuk aksi berbahaya di jalan raya akhirnya membawa padah selepas tiga wanita muda dihadapkan ke Mahkamah Majistret Khas Trafik Kuantan, Pahang.
Perbuatan nekad mereka yang mempamerkan aksi ‘Superman’ ketika menunggang motosikal kini terpaksa berdepan tindakan undang-undang.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam di Jalan Pintasan Kuantan (dari arah Terminal Sentral Kuantan menghala ke Bukit Rangin) itu melibatkan tiga suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai dan pekerja hotel.
Artikel berkaitan: “Kemain senyum eh?” – Minah Rempit Buat Lagak ‘Superman’ Di Lebuh Raya Bangga Kena Saman
Artikel berkaitan: “Siap lawan arus lagi” – Sekumpulan Penunggang Motosikal Berkumpul Ramai-ramai Di Pintu Utama Airport Kota Bharu
Menurut pertuduhan, kesemua mereka yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 didakwa melakukan aksi ‘Superman’ secara berbahaya hingga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Nur Liana Atirah Roslan (21 tahun) mengaku tidak bersalah manakala dua lagi remaja (berusia 18 dan 19 tahun) mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman yang cukup berat:
- Penjara: Tidak melebihi 5 tahun.
- Denda: Antara RM5,000 hingga RM15,000.
- Hilang Kelayakan Lesen: Tidak boleh memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya 2 tahun dari tarikh sabitan.
- Bagi pemegang lesen percubaan (P): Lesen akan dibatalkan secara automatik jika disabitkan kesalahan.
Bagi dua remaja yang mengaku bersalah, Majistret Wahida Zainal Abidin menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan laporan sosial dan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pihak mahkamah turut membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM2,000 dan RM3,000 selepas rayuan dibuat.
Sementara itu, bagi Nur Liana Atirah yang mengaku tidak bersalah, mahkamah menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan semula kes, serahan dokumen, serta lantikan peguam dengan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM3,000.
Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwaan, Inspektor Noraini Mohd Nor.
Sumber: Sinar Harian

11 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















