Jurulatih Curacao Menangis Jerman

Satu momen menyentuh hati ketika perlawanan antara Curacao dan Jerman sempena Piala Dunia 2026 berjaya mencuri perhatian jutaan penonton.

Jurulatih Curacao, Dick Advocaat, dilihat gagal menahan air mata ketika lagu kebangsaan pasukannya dimainkan di stadium.

Ramai yang menyangka beliau menangis kerana gementar berdepan gergasi dunia Jerman, namun hakikatnya kisah di sebalik tangisan itu jauh lebih mendalam.

Pengendali berusia 78 tahun itu tidak dapat menyembunyikan emosinya kerana ini kali pertama negara Caribbean yang mempunyai kira-kira 155,000 penduduk itu melangkah ke pentas bola sepak terbesar dunia.

🇨🇼🥹 Dick Advocaat watching Curacao score its first-ever World Cup goal against Germany. pic.twitter.com/wOCW2wbmfO

— Sports on Predict (@predictdotsport) June 14, 2026

Bukan itu sahaja, Advocaat juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi jurulatih paling berusia pernah mengendalikan pasukan di Piala Dunia.

Beliau bukanlah asing di pentas berkenaan selepas pernah membimbing negara kelahirannya pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat serta Korea Selatan pada edisi 2006 di Jerman.

Artikel berkaitan: Dari Messi Ke Ronaldo, Piala Dunia 2026 Pentas Akhir Buat 4 Ikon Bola Sepak Ini

Artikel berkaitan: “Tahu tahu kad merah” – Tular Reaksi Pemain Afrika Selatan Cuba Faham Penjelasan Pengadil

Detik bersejarah itu menjadi lebih bermakna memandangkan Advocaat hampir tidak bersama Curacao dalam kempen kali ini apabila meletakkan jawatan pada Februari lalu susulan masalah kesihatan anak perempuannya.

Walaupun Curacao akhirnya tewas 1-7 kepada Jerman, mereka tetap mencipta sejarah apabila menjaringkan gol pertama negara itu di Piala Dunia menerusi Livano Comenencia.

Bagi negara kecil itu, jaringan tersebut tetap menjadi simbol bahawa mereka kini sebahagian daripada pentas bola sepak terbesar dunia.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.