Lobak Merah
TikToker Ditemui Lemah Lepas Hilang 2 Hari Lepas Buat Live Aktiviti Paranormal
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan lemah di dalam sebuah tandas di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka semalam. Lelaki tersebut dipercayai hilang selama lebih 2 hari dan dilaporkan sempat melakukan siaran langsung untuk aktiviti paranormal di TikTok sebelum itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas berkata, kelhilangan mangsa berusia 34 tahun itu mula disedari oleh salah seorang kenalannya yang pada masa itu sedang menonton sesi siaran langsung mangsa sebelum ianya terputus kira-kira jam 9 malam, pada 19 Jun lalu.
Artikel berkaitan: “Random betul collab” – Netizen Geli Hati Lihat Trio Dato Vida, Ebit Lew & Roslan Shah Buat Paranormal
Artikel berkaitan: Penyiasat Paranormal, Dan Rivera Meninggal Dunia Secara Misteri Ketika Siri Jelajah Patung Berhantu Annabelle
Menurutnya, pengadu kemudian ke lokasi kejadian iaitu di Ayer Keroh Country Club Resort (AKCC) bagi mencari mangsa tetapi tidak dijumpai.

“Pengadu turut cuba menghubungi mangsa melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp, namun gagal mendapat sebarang respon.”
“Dia kemudian membuat laporan polis pada pukul 3.29 pagi tadi bagi mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa bagi mengesan keberadaan lelaki itu.”
Jelasnya lagi, sebaik sahaja menerima laporan tersebut, polis telah menjalankan usaha mengesan mangsa di sekitar kawasan yang dipercayai menjadi lokasi terakhir lelaki itu.
“Polis kemudian mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi membantu operasi pencarian di beberapa lokasi sekitar Ayer Keroh.”
“Operasi melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh bersama SWCorp.”

Jelasnya lagi, semasa operasi sedang dijalankan, mangsa kemudian ditemukan oleh orang awam dalam sebuah tandas awam yang berhampiran di kawasan Skytrex, Taman Botanikal dalam keadaan lemah.
Mangsa kemudian, diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Pengusaha Bomba II Mohd, Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, situasi sebegitu tidak sepatutnya berlaku kerana kelewatan dalam membuat laporan boleh menyebabkan operasi pencari lebiih sukar.
Sumber : Kosmo!

5 hours ago
12






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















