Dakwa Dihalau Dari Pulau Pinang, Ratusan R*hingya Berkampung Depan Pejabat UNHCR

13 hours ago 11

Bahagian hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling kini dilaporkan dibanjiri dengan ratusan pelarian Rohingnya.

Sumber melaporkan bahawa mereka semua tiba di sana dengan menaiki tiga bas selepas diusir oleh penduduk tempatan di sebuah penempatan mereka di Pulau Pinang.

Artikel berkaitan: “Saya minta maaf, saya tahu salah” – Pemilik Tanah Penempatan R*hingya

Artikel berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Dicabul Lelaki Pemegang Kad UNHCR Di Ampang

Tak tahu sebab kenapa dihalau

Screenshot 2026 07 27 155219

Harian Metro membuat tinjauan dan mendapati bahawa mereka mendirikan beberapa khemah di lokasi tersebut dan kelihatan anak-anak kecil bermain di situ.

Malah, sekumpulan pegawai dan anggota polis juga berada di kawasan sekitar itu untuk menjaga ketenteraman awam.

Salah seorang daripada warga Roghinga yang berada di situ mengatakan bahawa mereka tiba di kawasan tersebut menaiki bas yang disewa sendiri selepas khuatir keselamatan diri susulan diancam penduduk tempatan sekiranya tidak keluar dari kawasan itu.

“Saya tak tahu sebab apa mereka halau, mereka tak bagi banyak masa untuk keluar, jadi kita semua bawa apa boleh sahaja, barang-barang semua tinggal sana (Pulau Pinang).

“Saya sudah tinggal sana 14 tahun, sebelum ini tak ada masalah. Saya tak tahu apa jadi buat mereka marah. Saya sewa rumah dengan orang Malaysia juga. Mungkin satu dua orang (Rohingya) buat hal kami semua kena.”

Kata individu berumur 28 tahun yang dikenali sebagai Rizuan ini lagi, mereka sekeluarga tidak mempunyai perancangan ke mana hala tuju seterusnya dan kini sedang menanti bantuan daripada pihak UNHCR.

Menurutnya, setakat ini tiada apa-apa perkembangan daripada pihak UNHCR atau mana-mana agensi berkaitan dan mereka mungkin akan terus berkhemah di kawasan itu sehingga mendapat penempatan lain lebih sesuai untuk isterinya yang sedang mengandung.

Buat tuntutan tak munasabah, ganggu periuk nasi nelayan?

Screenshot 2026 07 27 154800

Persoalan terjawab selepas pihak Harian Metro membuat tinjauan di perkampungan yang mereka menetap itu.

Salah seorang penduduk di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang berumur 40-an, Zarul Hisham Kamaruddin berkata, mereka tidak melakukan sebarang gangguan, tetapi kehadiran mereka dengan tuntutan yang tidak munasabah terhadap kerajaan membuatkan penduduk tempatan harus berjaga-jaga.

“Isu Rohingya sekarang terlalu panas dekat mana-mana sahaja mesti ada yang rakyat kita sudah tidak boleh berkompromi.”

“Macam dekat sini mereka memang tidak buat kacau tetapi penduduk rasa terganggu terutamanya dari segi aktiviti ekonomi penduduk yang kebanyakan mereka ada turun ke laut (jadi nelayan) hingga menjadi persaingan kepada penduduk tempatan yang mencari makan.”

Katanya lagi, etnik tersebut mula masuk ke perkampungan itu sedikit demi sedikit selepas kejadian tsunami dan ia mula bertambah sejak 2 tahun lalu.

Sumber: Harian Metro, Harian Metro 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |