Suami Parah Ditikam Suami

Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai telah mencederakan suaminya menggunakan pisau di sebuah rumah di Jalan Datuk Mohamad Musa, Kota Samarahan, Sarawak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Barry William berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 6.50 petang Isnin itu mengakibatkan lelaki berusia 35 tahun mengalami kecederaan pada bahagian perut.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung seorang lelaki yang sedang dirawat selepas dipercayai ditikam oleh isterinya.

Suspek dakwa pertahankan diri selepas dipukul

Siasatan awal mendapati pasangan terbabit telah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun dan dikurniakan tiga orang anak. Bagaimanapun, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak lebih dua tahun lalu berikutan perselisihan faham.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, pasangan itu dipercayai bertengkar akibat perasaan cemburu.

“Siasatan mendapati mangsa datang ke rumah sewa suspek sebelum bertindak memukul kepala wanita itu menggunakan topi keledar kerana mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain,” katanya.

729979517 988713617280709 6163936286931264630 N

Akibat dipukul, wanita berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan di kepala sebelum dipercayai mengambil sebilah pisau dan menikam mangsa yang ketika itu mengikutinya masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, kejadian tersebut turut disaksikan oleh ibu suspek yang juga ibu mentua mangsa menerusi panggilan video WhatsApp, kerana mangsa sedang berhubung dengannya ketika pertengkaran berlaku.

“Suspek mendakwa tindakannya itu bagi mempertahankan diri selepas dipukul mangsa,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Isteri Dipukul Suami Akibat Bergaduh Kerana Ayam Tidak Dicuci Dengan Bersih

Artikel berkaitan: Kantoi Tonton Filem P*rno Punca Armor Toreador Naik Tangan Dekat Cut Intan Nabila

Susulan insiden itu, mangsa mengalami kecederaan pada perut sehingga menyebabkan sebahagian usus terkeluar dan terpaksa menjalani pembedahan.

Sementara itu, mangsa tidak mengalami kecederaan serius pada organ dalaman lain dan kini masih menerima rawatan serta berada di bawah pemantauan pihak hospital.

Ekoran kejadian terbabit, polis telah merampas sebilah pisau dan suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Sumber: Berita Harian